Skip to content

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Kongsikan artikel ini

Tidak banyak jam tangan yang berani mencabar konvensi seni pembuatan jam tangan mewah. Namun bagi Audemars Piguet Royal Oak Offshore, ia hanyalah sifat semula jadi. Direka oleh Emmanuel Gueit dan diinspirasikan oleh dunia perlumbaan offshore, siluet berani serta karakter pemberontak yang tersendiri telah membentuk identiti koleksi ini sejak awal kemunculannya. Lebih tiga dekad kemudian, semangat perintis tersebut diteruskan menerusi generasi baharu Royal Oak Offshore yang tampil lebih bertenaga dan penuh warna.

Sempena ulang tahun ke-150, maison jam mewah Switzerland ini mempersembahkan dua rona baharu bagi siri Royal Oak Offshore – “Bleu Nuit, Nuage 50” dan smoked green – yang menyerlahkan sisi lebih sporty koleksi ini.

Kes seramik “Bleu Nuit, Nuage 50” dipadankan dengan bezel dalam rona senada, manakala kes titanium smoked green hadir bersama bezel hitam, menghasilkan kontras yang lebih berani. Koleksi ini merangkumi tiga model: Selfwinding Chronograph 37 mm, Selfwinding Chronograph 42 mm dan Royal Oak Offshore Diver 42 mm.

Rona berkontras Royal Oak Offshore

Warna “Bleu Nuit, Nuage 50” dipadankan dengan dail Méga Tapisserie berona beige dan penanda jam emas mawar bersalut rhodium. Warna smoked green pula dipadankan dengan dail bewarna khaki. Kedua-duanya dilengkapi jarum emas putih 18 karat disaluti bahan pendarkilau.

Di sebalik estetika kontemporari ini, tersemat Calibre 4401 berpenggulungan automatik yang melengkapi Royal Oak sejak tahun 2021. Ukuran diameter 32 mm dan ketebalan 6.8 mm ini juga menawarkan rizab kuasa sekitar 70 jam serta menggabungkan fungsi kronograf flyback. Diperbuat daripada titanium dan dilengkapi dengan bezel seramik hitam, kepingan tekan seramik, dan sisipan mahkota seramik.

Kristal nilam digunakan pada kedua-dua sisi dail dan bahagian belakang casing. Sentuhan rotor hitam dan kemasan Haute Horlogerie halus dapat dilihat melalui bahagian belakang lutsinar yang disepadukan dengan bingkai titanium.

 

Karisma berani Zarif Ghazzi

Seiring dengan evolusi koleksi ini, Royal Oak Offshore kekal setia kepada identiti berani yang telah menjadi cirinya sejak awal. Pada terasnya, Royal Oak Offshore dicipta untuk mereka yang menggemari pengembaraan dan gaya hidup aktif. Individu yang menghargai ketahanan lasak tanpa mengorbankan ketepatan serta seni halus dalam pembuatan jam tangan mewah. Pelakon muda 22 tahun, Zarif Ghazzi, membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu ini.

Nama Zarif Ghazzi membina nama dalam industri hiburan sejak penampilannya dalam drama hit Khunsa, Seribu Tahun, dan kini Kudrat 1968. Meskipun pelakon baharu, bakatnya terserlah dalam kesungguhan memperhalusi setiap watak. Keyakinan dan karismanya yang hadir bersahaja menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.

Artikel berkaitan: SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Bacaan Lanjut

BABAK BAHARU AUDEMARS PIGUET: DIAL BERPATEN CODE 11.59

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut