AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF
Audemars Piguet membentangkan dua set arloji Royal Oak Selfwinding yang melangkau kejelasan spektrum permata berwarna-warni.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET
Lanjutan dari perkenalan arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Audemars Piguet Royal Oak Selfwinding diperkemas tatahan permata potongan baguette eksklusif berwarna-warni.
Terdiri daripada 10 utas setiap satu kreasi dalam dua saiz yakni 41mm dan 37mm.
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 Royal Oak nan ikonik, pembikin arloji artistik Swiss; Audemars Piguet mencitrakan kembali arloji yang mendakap keharmonian rona pelangi. Pelancaran dua set Royal Oak Selfwinding ini tampil membentuk spektrum pelangi bila kesemua jam tangan ini digabungkan secara berasingan.
Himpunan Royal Oak Selfwinding Rainbow baharu menampilkan ukuran 37mm dan 41mm. Demikian, kedua-dua set ini tampil terhad dalam 10 unit setiap satu versi yang diperbuat dari emas putih. Kedua-dua konstruksi rangka baharu ini diperkemas dengan mengangkat seni tatahan permata paling eksklusif sambil memaparkan indikasi jam, minit dan saat.
Ditenagai penggulungan automatik, masing-masing dihiasi batu permata berpotongan baguette yang berbeza. Ini termasuk batu permata Orange Spessartite, Ruby, Pink Tourmaline, Amethyst, Tanzanite, Blue Topaz, Blue Sapphire, Emerald, Tsavorite, dan Yellow Chrysoberyl. Setiap versi diterangi oleh 800 butir batu permata yang memenuhi segenap laman dailnya.
Kesemua permata terpilih ini ditempah secara eksklusif untuk dipotong dengan teliti bagi menawarkan kejelasan warna yang tepat. Pengaturan tatahan permata ini dipikul oleh Salanitro, yang merupakan sebuah syarikat khusus dalam menerima tempahan pembuatan jam tangan dan penetapan batu permata Swiss.
Pautan berkaitan: PERKENALAN PERDANA HÔTEL DES HORLOGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
4 JAM TANGAN PILIHAN GL: RUMUSAN DARI LVMH WATCH WEEK 2023
Diselenggarakan di Singapura, pembentangan arloji edisi keempat LVMH mempamerkan kebaharuan melampaui nilai ketukangan jam tangan novelty terdahulu.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.