7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Berita baik buat para pencinta jam, bulan September melampirkan novelti arloji yang tidak menang tangan memilih. Daripada Montblanc hingga Omega, setiap inovasi dan reka bentuk terbaru bermain rapat dengan aura maskulin, menjadi simbol anggun dalam menetapi masa. Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
1. Bell & Ross BR-X5 Meteorite

Jam keluli ini menampilkan keindahan unik dail yang diperbuat daripada meteorit Muonionalusta tulen pada model Advanced Time Instrument yang menjadi identiti jenama tersebut. Corak Widmanstätten yang tersendiri menjadikan setiap dail unik, ditempatkan di dalam bekas keluli berbilang lapisan bersaiz 41mm. Ia dikuasakan oleh pergerakan in-house Calibre BR-CAL.323 dan mempunyai rizab kuasa selama 70 jam.
2. Czapek & Cie. Place Vendôme Complicité Glacier Blue

Hanya 10 unit yang tersedia, Czapek & Cie. Place Vendôme Complicité Glacier Blue menggabungkan bekas jam platinum 950 dengan plat utama bertekstur grainé rona biru muda yang dirawat dengan PVD, sekali gus menyerlahkan seni bina double-escapement yang unik. Dua roda imbangan bebas berayun pada arah bertentangan, dengan mekanisme pembeza pada kedudukan pukul 12 menyelaraskan kadar ayunannya. Kaliber 8 dengan mekanisme penggulungan manual ini terdiri daripada 293 komponen dan menawarkan simpanan kuasa selama 72 jam.
3. Montblanc Star Legacy Nicolas Rieussec Chronograph

Jam tangan emas merah jambu bersaiz 43mm ini meraikan penciptaan inovatif kronograf berdakwat oleh Nicolas Rieussec di Paris pada tahun 1821. Terhad pada 100 unit, ia menampilkan dail bercahaya yang memaparkan dokumen arkib, tandatangan Rieussec, serta pelan reka bentuk jarum dakwat asalnya. Jam tangan ini dilengkapi fungsi kronograf satu butang atau monopusher dengan cakera berkubah yang berputar, fungsi waktu berkembar 24 jam, dan paparan tarikh. Kesemuanya dikuasakan oleh pergerakan Calibre MB R200 keluaran dalaman Montblanc yang mempunyai simpanan kuasa selama 72 jam. Lebih menarik lagi, ia disempurnakan dengan tali kulit anak lembu berwarna hitam yang menampilkan peta Paris tahun 1821.
4. TUDOR Northflag
TUDOR Northflag kembali semula, dijiwai oleh semangat keberanian para perintis dan pengembara yang mencorakkan sejarah TUDOR. Mengekalkan bentuk asas dan elemen reka bentuk yang tersendiri, versi generasi kedua ini menampilkan reka bentuk gelang bersepadu serta dail hitam yang cukup ikonik yang dihasilkan daripada seramik bercahaya monoblok serta dipadankan dengan rehaut yang memaparkan skala 24 jam pada sudut 45 darjah.
5. IWC Schaffhausen Pilot’s Watch Chronograph 41 Mercedes-AMG PETRONAS Formula OneTM Team

Bagi meraikan Singapore Grand Prix yang bakal berlangsung, IWC Schaffhausen memperkenalkan jam tangan pasukan baharu untuk rakan kongsi yang kian lama, Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™. Dihasilkan daripada aloi titanium Gred 5 yang teguh dan ringan, jam tangan kronograf bersaiz 41 milimeter ini menampilkan dail berwarna ungu pekat – satu kelainan pertama dalam koleksi Pilot’s keluaran IWC. Warnanya mengambil ilham dari bunga kebangsaan Singapura, orkid Vanda Miss Joaquim.
6. Louis Vuitton Tambour Spin Time

Bentuk bekas Tambour Spin Time yang tersendiri serta kehadirannya yang menyerlah memberikannya identiti yang unik. Pada terasnya, komplikasi Spin Time menandakan peredaran masa dengan jelas dan penuh tujuan. Sama ada di dalam mahupun di luar negara, lima sorotan Tambour Spin Time ini melambangkan manifestasi mekanikal jenama ini terhadap Seni Pengembaraan. Tersedia dalam rona hijau, salmon, dan tiga model biru emblematik Louis Vuitton.
7. Omega Speedmaster

Rangkaian yang cukup ikonik bagi Omega, Moonwatch 38mm kini didekati dengan tujuh variasi baru. Melalui penambahbaikan halus dan warna memikat, jam tangan yang dikemas kini ini menerapkan pendekatan reka bentuk kontemporari sambil mengekalkan kod estetik Moonwatch yang legenda. Kini terdapat kurang perkataan pada dail yang mencipta penampilan yang lebih bersih. Manakala bezel kembali kepada gaya yang lebih tebal dengan Dot Over-Ninety yang sinonim dengan Moonwatch.
Artikel berkaitan: JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.











