HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
Kalau anda sudah mengikuti fenomena Projek: High Council dan Kahar: Kapla High Council, kemunculan KUDRAT 1968: High Council pastinya membuatkan satu persoalan timbul. Sebenarnya, kisah mana yang berlaku dahulu? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Mierul Aiman di dalam prekuel yang baru mula ditayangkan ini.
Jawapannya mungkin sedikit mengelirukan kerana karya terbaharu ini bukan sambungan secara terus kepada dua naskhah terdahulu. Sebaliknya, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada High Council Universe. Ia membawa penonton jauh ke belakang untuk melihat asal-usul sistem hierarki rahsia yang menjadi nadi kepada kisah-kisah dalam francais ini.
Lebih menarik, KUDRAT 1968 hadir dengan pendekatan “satu cerita, dua format”. Penonton terlebih dahulu mengikuti siri premium sebanyak empat episod sebelum kisah tersebut diteruskan menerusi filem di pawagam. Menurut Astro Shaw, siri dan filem ini sememangnya dirancang sebagai satu pengalaman penceritaan yang berterusan. Jadi, kalau anda baru mahu memasuki dunia High Council atau mahu mengulang kembali kisah terdahulu sebelum menyelami era 1968, ini urutan yang perlu anda tahu.
#1 PROJEK: HIGH COUNCIL (2023)
Titik mula untuk penonton mengenali High Council Universe. Semuanya bermula dengan Projek: High Council, siri yang memperkenalkan penonton buat pertama kali. Tentang kehidupan di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) dan sistem kuasa tidak rasmi dalam kalangan pelajar. Kisahnya mengikuti Fakhri (Mierul Aiman) yang memasuki sekolah berasrama tersebut dan berdepan dengan dunia yang jauh lebih kompleks daripada sekadar akademik. Di sebalik kehidupan sebagai pelajar, wujud hierarki, perebutan kuasa, persahabatan, pengkhianatan dan konflik yang akhirnya membawa kepada persoalan besar tentang siapa sebenarnya yang mengawal KUDRAT.
Dan untuk yang keliru, watak Fakhri yang dilakonkan oleh Mierul Aiman tiada kena mengena dengan watak Kuda yang turut dilakonkan olehnya di dalam KUDRAT 1968. Wajah yang sama, karakter yang berbeza. Siri 10 episod ini menjadi asas kepada dunia High Council yang kemudiannya dikembangkan menerusi filem Kahar: Kapla High Council.

#2 KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL (2024)
Seterusnya, kenali lelaki yang menjadi antara figura penting dalam dunia High Council. Selepas kejayaan Projek: High Council, dunia tersebut dikembangkan menerusi Kahar: Kapla High Council pada 2024. Berlatarbelakangkan tahun 2005, filem ini memberikan perspektif yang lebih dekat terhadap Kahar (Amir Ahnaf) dan kehidupannya sebelum bergelar Kapla. Ia merupakan setahun sebelum kejadian Projek: High Council. Ia turut mengembangkan lagi mitologi dunia yang sudah diperkenalkan menerusi siri asal. Jika Projek: High Council memperkenalkan sistem dan konflik di KUDRAT, Kahar: Kapla High Council membantu penonton memahami dengan lebih mendalam figura serta latar yang berada di sebalik dunia tersebut.
Kenapa perlu tonton? Kerana filem ini bukan sekadar spin-off kepada siri asal. Ia menjadi sebahagian daripada pembinaan dunia High Council sebelum penonton dibawa lebih jauh ke masa lalu menerusi KUDRAT 1968.

#3 KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL (2026)
Sekarang kita kembali ke titik paling awal. Inilah bahagian yang membuatkan KUDRAT 1968 menarik. Walaupun ia merupakan karya terbaharu untuk ditayangkan, latar ceritanya membawa penonton kembali ke tahun 1968. Jauh sebelum peristiwa dalam Projek: High Council dan Kahar: Kapla High Council. Sebagai sebuah prekuel, KUDRAT 1968 membawa penonton menyelami asal-usul sistem hierarki rahsia yang diwujudkan oleh para pelajar dan menjadi asas penting kepada dunia High Council. Siri ini menampilkan Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai antara tonggak utama.
Menariknya, KUDRAT 1968 bukan sekadar sebuah siri yang berdiri sendiri. Empat episod siri premium ini akan membawa penonton ke arah filem KUDRAT 1968 yang kemudiannya meneruskan cerita di pawagam. Astro Shaw sendiri menjelaskan bahawa penonton sepatutnya menikmati siri tersebut sebelum terus menyaksikan filemnya kerana kedua-duanya merupakan satu pengalaman cerita yang berterusan. KUDRAT 1968: High Council turut ditayangkan di Netflix untuk tontonan ramai.

Jadi, Apa Urutan Paling Sesuai?
Jika anda mahu menonton mengikut urutan tayangan, anda boleh mulakan dengan Projek: High Council, Kahar: Kapla High Council dan KUDRAT 1968: High Council. Namun, jika anda mahu menonton berdasarkan kronologi dalam dunia cerita, susunannya berubah. KUDRAT 1968: High Council, Kahar: Kapla High Council dan Projek: High Council. Walaupun terdapat beberapa babak yang memaparkan sambungan dari Projek: High Council di Kahar: Kapla High Council, keseluruhan filem itu menunjukkan kisah Kahar sebelum bergelar Kapla.
Daripada perebutan kuasa di KUDRAT, kisah Kahar, sehinggalah kepada asal-usul sistem hierarki yang bermula pada 1968, dunia High Council sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang pertama kali dipaparkan. Dan dengan KUDRAT 1968, penonton akhirnya berpeluang melihat permulaan kepada segala-galanya.
Jadi, kalau anda belum pernah menonton Projek: High Council atau Kahar: Kapla High Council, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kembali ke KUDRAT. Kerana kali ini, kita bukan sekadar mahu tahu siapa yang berkuasa. Kita mahu tahu bagaimana kuasa itu bermula.
Pautan berkaitan: 6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL
Tahun ini, Malaysia terus disajikan dengan barisan wajah-wajah baharu dari pelakon lelaki yang mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan.
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Pelakon-pelakon utama filem Kudrat 1968 telah didedahkan, dan menjadikan penantian peminat siri High Council yang kian menanti.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.
5 KARYA LAKONAN AMIR AHNAF SEJAK DEBUT MESTI TONTON
Amir Ahnaf seringkali dikaitkan dengan bakat lakonannya yang penuh emosi dan mendalam sejak drama sulungnya hingga ke layar perak.
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia











