Skip to content

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council. 

Dunia hiburan tempatan sentiasa membuka ruang buat bakat baharu untuk menyerlah. Namun, bukan semua perjalanan menuju kejayaan berlaku dalam sekelip mata. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dikenali, ada yang bermula di belakang tabir, malah ada juga yang perlu melalui puluhan sesi uji bakat sebelum akhirnya mendapat peluang membuktikan kemampuan.

Menerusi fenomena KUDRAT 1968: High Council, tiga nama yang semakin mencuri perhatian ialah Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith. Masing-masing membawa perjalanan seni, personaliti serta pendekatan lakonan yang berbeza. Daripada pengalaman menghidupkan karakter Pa, Piji dan Mazli, ketiga-tiganya membuktikan bahawa bakat tidak semestinya hadir dengan jalan yang mudah, sebaliknya memerlukan kesungguhan dan keberanian untuk terus mencuba.

Dari Dunia Muzik Ke Layar Perak, Dai Fuad Bukan Sekadar Pelakon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad 𓍯. (@daiohdai)

Sebelum dikenali menerusi dunia lakonan, Dai Fuad sebenarnya terlebih dahulu mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Pemilik nama Muhammad Fuad Abd. Rahman, 34 ini mula menceburi industri seni sebagai penyanyi solo pada 2018 sebelum mengembangkan bakat ke bidang lakonan.

Menariknya, minat terhadap muzik masih diteruskan sehingga kini menerusi TIP Band, sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada 2023. Bersama kumpulan tersebut, Dai terus meneroka sisi kreatifnya sebagai anak seni yang tidak terhad kepada satu cabang hiburan sahaja. Lebih menarik, anak seni ini merupakan graduan undang-undang yang bukan sahaja menamatkan pengajian dalam bidang tersebut, malah pernah melengkapkan pengajian di peringkat sarjana serta latihan guaman.

Namanya mula mendapat perhatian lebih meluas menerusi watak Nahar dalam siri Astro Originals, Good Boys Go To Heaven. Persembahan tersebut menjadi antara titik penting dalam perjalanan lakonannya. Malah, Dai sendiri mengakui karakter berkenaan meninggalkan kesan mendalam sehingga memerlukan masa untuk melepaskan watak tersebut selepas penggambaran berakhir. Selepas kejayaan itu, Dai meneruskan langkah menerusi beberapa naskhah termasuk Dendam Seorang Madu, Aidiladha Demi Janji Itu dan filem KUDRAT 1968: High Council sebagai Pa.

Bukan mudah untuk keluar daripada bayangan karakter yang pernah mendapat perhatian penonton. Namun, peluang membawa watak Pa memperlihatkan sisi lain Dai sebagai pelakon yang berani meneroka karakter berbeza. Dengan latar belakang muzik dan pengalaman lakonan yang semakin berkembang, Dai merupakan antara nama yang menarik untuk terus diperhatikan dalam industri seni tempatan.

Akmal Asyraf, Enam Tahun Menanti Peluang Untuk Dikenali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akmal Asyraf (@akmalasyrafvii)

Ada bakat yang mengambil masa untuk ditemukan penonton, dan Akmal Asyraf merupakan antara contoh terbaik. Pelakon berusia 30 tahun ini sudah mula membina pengalaman dalam bidang lakonan sejak di bangku sekolah menerusi pementasan teater sebelum aktif di hadapan kamera sekitar 2020. Berasal dari Kuala Lumpur, Akmal turut aktif dalam dunia teater ketika melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Minat yang dipupuk sejak usia muda itu menjadi asas kepada perjalanan seninya sehingga hari ini.

Sebelum namanya menjadi sebutan menerusi KUDRAT 1968: High Council, Akmal terlebih dahulu membuktikan kemampuan menerusi beberapa naskhah seperti Malaikat Malam sebagai Kutu dan Tarung: Unforgiven sebagai Ron. Turut mementingkan pelajaran, Akmal memiliki kelulusan double degree, juga boleh dijadikan idola buat peminat mudanya.

Namun, watak Rafizi atau Piji dalam KUDRAT 1968: High Council menjadi titik perubahan yang cukup besar buat kerjayanya. Selepas hampir enam tahun berusaha mendapatkan perhatian penonton, akhirnya bakat Akmal mula mendapat pengiktirafan yang dinanti-nantikan. Menariknya, Akmal tidak mahu terus terperangkap dengan populariti karakter Piji. Baginya, dirinya sebagai pelakon mempunyai identiti tersendiri dan tidak seharusnya sentiasa dikaitkan dengan satu watak sahaja.

Sikapnya yang terbuka untuk menerima pelbagai tawaran lakonan juga memperlihatkan kesungguhannya untuk terus berkembang. Daripada watak sokongan sehinggalah karakter yang lebih mencabar, Akmal dilihat mempunyai ruang luas untuk meneroka potensi sebenar dalam industri lakonan.

Chech Harith, 30 Kali Gagal Uji Bakat Sebelum Menemui Peluang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chech (@harith.thegreat)

Dalam kalangan wajah baharu yang semakin mendapat perhatian, perjalanan Chech Harith mungkin antara yang paling menarik untuk dijadikan inspirasi. Pelakon berusia 23 tahun ini membuktikan bahawa kegagalan bukan pengakhiran kepada sebuah impian, sebaliknya boleh menjadi sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan.

Sebelum berjaya membawa watak Mazli dalam KUDRAT 1968: High Council, Chech mendedahkan bahawa dia pernah menghadiri sebanyak 30 sesi uji bakat tanpa memperoleh sebarang tawaran. Percubaan ke-31 akhirnya menjadi titik perubahan apabila dia berjaya dipilih untuk menyertai naskhah tersebut.

Pengalaman berulang kali berdepan kegagalan tidak membuatkan Chech berputus asa. Sebaliknya, setiap sesi uji bakat dimanfaatkan sebagai ruang untuk memperbaiki mutu lakonan dan membina keyakinan diri. Menariknya, Chech turut menjadikan pelakon Hollywood, Mark Ruffalo, sebagai salah satu sumber inspirasi dalam perjalanan seninya. Keupayaan untuk terus mencuba meskipun berdepan penolakan menjadi antara perkara yang mendorongnya untuk tidak mudah mengalah.

Menerusi watak Mazli, Chech memperkenalkan sisi lakonan yang lebih ceria, bersahaja dan penuh celoteh. Karakter tersebut mula mencuri hati penonton sejak kemunculannya dalam siri KUDRAT 1968: High Council, sekali gus membuka ruang buat namanya dikenali dengan lebih meluas.

Daripada puluhan uji bakat yang tidak membuahkan hasil kepada peluang menghidupkan karakter dalam sebuah francais popular, Chech membuktikan bahawa kesabaran dan konsistensi mampu membawa seseorang lebih dekat kepada impian.

Pautan berkaitan: PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SUARA KINI: MANIFESTASI SHARUL KAMAL JADI KENYATAAN

SUARA KINI: MANIFESTASI SHARUL KAMAL JADI KENYATAAN

Bacaan Lanjut
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut
PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL

PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL

Bacaan Lanjut
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

Bacaan Lanjut