Skip to content

PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL

PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL

Kongsikan artikel ini

Bagi penulis GLAM Lelaki, enam pelakon lelaki generasi baharu ini mempunyai potensi besar dan bakal menjadi wajah penting di Malaysia.

#1 Gbril

Sebelum namanya dikenali sebagai pelakon, Gbril terlebih dahulu membina langkah dalam dunia peragaan.  Daripada dunia fesyen, Gbril kemudiannya mengembangkan langkah ke bidang lakonan. Namun, Gbril bukanlah nama yang benar-benar asing dalam dunia seni. Mula terlibat dalam bidang lakonan seawal usia 15 tahun, dia mula memberikan komitmen lebih serius terhadap dunia tersebut ketika berusia 19 tahun. Antara karya yang pernah menampilkan Gbril termasuk Racun Raihana, Soloz: Game of Life dan Pewaris Cinta. Pada tahun ini, Gbril mula tampil lebih menonjol dengan watak yang dilakonkan dalam siri Dorm 403, Huq. Gbril juga pernah bekerjasama dengan GLAM Lelaki untuk beberapa lembaran fesyen dan kempen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gbril (@_g.bril_)

#2 Zairi Aziz

Bagi yang mengikuti drama tempatan, nama Zairi Aziz semakin mendapat perhatian menerusi beberapa karya termasuk Kelas Belakang. Sebelum bergelar pelakon, Zairi terlebih dahulu mempunyai pengalaman sebagai model dan pelakon tambahan dalam beberapa filem serta drama. Lebih menarik, minatnya terhadap filem aksi turut membawanya mencuba dunia lagak ngeri sebelum mengembangkan langkah ke bidang lakonan. Daripada Kelas Belakang hingga Dorm 403, perjalanan Zairi memperlihatkan seorang pelakon muda yang sedang mengumpul pengalaman demi mencari ruang dan karakter yang benar-benar menjadi miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zairi Aziz (@zairiaaziz)

#3 Dai Fuad

Siapa sangka, sebelum memilih dunia seni, Dai Fuad merupakan graduan undang-undang. Selepas pandemik menjejaskan perancangan kerjaya awalnya sebagai peguam, Dai mula meneroka bidang muzik sebelum akhirnya menemukan minat yang lebih besar dalam dunia lakonan. Namanya mula menjadi perhatian menerusi watak Nahar dalam siri premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven. Daripada situ, Dai terus mengembangkan portfolio lakonannya dan kini menjadi antara wajah baharu yang semakin dikenali.

Terbaharu, Dai Fuad turut menjadi sebahagian daripada barisan utama Kudrat 1968 sebagai Pa. Ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam generasi pelakon baharu yang sedang meningkat naik. Menariknya, sebelum mendapat peluang tersebut, Dai pernah mencuba nasib untuk watak Beja dalam Kahar: Kapla High Council dan berjaya mara sehingga lima terbaik sebelum rezekinya hadir menerusi Kudrat 1968.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad 𓍯. (@daiohdai)

#4 Chech Harith

Ada masa dalam industri, kegagalan menjadi sebahagian daripada proses untuk menemukan peluang yang tepat. Chech Harith ialah antara contoh terbaik. Sebelum berjaya mendapatkan watak Mazli dalam Kudrat 1968, Chech mendedahkan bahawa dia telah menghadiri sebanyak 30 sesi casting. Percubaan ke-31 akhirnya menjadi titik perubahan apabila dia berjaya mendapat tempat dalam barisan utama filem tersebut. Lebih menarik, Chech menjadikan kisah perjalanan pelakon Hollywood Mark Ruffalo sebagai inspirasi untuk terus mencuba dan tidak mudah berputus asa. Baginya, setiap sesi uji bakat yang gagal tetap memberikan pengalaman untuk memperbaiki diri.

Dalam Kudrat 1968, Chech membawa watak Mazli, salah satu karakter penting dalam dunia High Council. Kemunculannya sebagai wajah baharu menjadikan perjalanan Chech antara yang menarik untuk diikuti. Terutamanya selepas melalui proses panjang sebelum akhirnya mendapat peluang besar pertamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chech (@harith.thegreat)

#5 Imranul Effendy

Daripada dunia tarian ke dunia lakonan, Imranul Effendy membuktikan bahawa kemahiran dari satu bidang boleh menjadi asas untuk mencipta identiti dalam bidang yang lain. Bekas penari profesional ini mula mencuri perhatian selepas kemunculannya dalam video muzik Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno yang tular. Selepas hampir enam tahun aktif dalam dunia tarian, Imranul mengambil keputusan untuk mengorbankan minat tersebut buat sementara waktu demi memberikan fokus kepada lakonan.

Kini, dia mula meneroka pelbagai watak dan naskhah bagi mengasah kemampuannya sebagai pelakon. Perjalanannya juga tidak sunyi daripada kritikan. amun, Imranul memilih untuk menjadikan komen penonton sebagai bahan untuk memperbaiki mutu lakonan, malah melihat persaingan dalam industri sebagai motivasi untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Imranul Effendy (@imrnuleffendy)

#6 Maxximus Towle

Daripada TikTok Live ke layar lakonan, perjalanan Maxximus Towle mungkin antara yang paling tidak konvensional dalam senarai ini. Wajahnya mula dikenali ramai menerusi kerjayanya sebagai hos jualan siaran langsung untuk jenama fesyen lelaki Zeve, sebelum popularitinya di TikTok membuka lebih banyak peluang. Walaupun pada awalnya seorang yang pendiam dan pemalu, Maxximus berjaya membina keyakinan di hadapan kamera sehingga mampu mengendalikan siaran langsung selama berjam-jam dan menarik ribuan penonton.

Populariti tersebut akhirnya membawa kepada impiannya untuk bergelar pelakon. Kini, Maxximus sudah mula melebarkan sayap ke dunia lakonan. Antara kemunculannya termasuk watak Victor dalam drama Jika Cinta Itu Buta. Dengan pengalaman sebagai personaliti digital dan kemampuan menguasai kamera, menarik untuk melihat bagaimana Maxximus akan membentuk identitinya sebagai pelakon dalam tahun-tahun mendatang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @maxximustowle

Generasi Baharu, Cerita Yang Berbeza

Apa yang menarik tentang enam nama ini ialah setiap seorang datang daripada perjalanan yang berbeza. Gbril membina pengalaman dari dunia peragaan dan Zairi bermula daripada dunia aksi. Dai Fuad meninggalkan laluan undang-undang, Chech Harith tidak menyerah selepas puluhan kali gagal casting, Imranul membawa disiplin dunia tarian ke layar dan Maxximus pula menggunakan pengalaman di hadapan kamera sebagai batu loncatan.

Mungkin masih terlalu awal untuk meramal siapa antara mereka yang bakal menjadi nama terbesar industri. Namun, satu perkara pasti, generasi baharu ini sudah mula menunjukkan bahawa landskap lakonan Malaysia sedang dipenuhi bakat yang hadir dengan cerita dan identiti mereka sendiri.

Pautan berkaitan: RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

Bacaan Lanjut
tengku mer

TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

Bacaan Lanjut
JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’

Bacaan Lanjut
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
style's choice

UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?

Bacaan Lanjut