Skip to content

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Kongsikan artikel ini

Menjelang Hari Kebangsaan ke-69, pelbagai jenama dan lokasi di seluruh Malaysia tampil dengan promosi, kempen, serta aktiviti istimewa sempena bulan Merdeka.

Merdeka bukan sekadar tentang Jalur Gemilang, perarakan, dan cuti umum. Ia adalah masa untuk kita meraikan Malaysia melalui makanan, budaya, pengalaman, dan sokongan terhadap jenama tempatan. Berikut tujuh pilihan menarik yang boleh dimasukkan ke dalam agenda sambutan anda tahun ini.

1. Grab x Chef Wan: Raikan Malaysia Melalui Rasa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Grab Malaysia (@grabmy)

Antara cara paling mudah untuk meraikan Malaysia ialah melalui makanan. Grab Malaysia bekerjasama dengan Chef Wan menerusi kempen Merdeka 2026 dan Hari Malaysia yang mengetengahkan makanan tempatan serta perniagaan tempatan, di samping menawarkan pelbagai tawaran makanan dan GrabMart.

Daripada sarapan kegemaran hingga hidangan klasik Malaysia, kempen ini mengingatkan kita bahawa kepelbagaian makanan juga merupakan sebahagian daripada identiti negara.

 

2.Volvo Merdeka Deal: Sebuah Perjalanan Baharu

Merdeka juga boleh menjadi masa untuk memulakan perjalanan baharu. Volvo Car Malaysia tampil dengan ’48-Hour Volvo Merdeka Deal’, menawarkan rebat sehingga RM70,000 untuk model terpilih serta peluang menyertai cabutan bertuah.

Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki kenderaan baharu, promosi bermusim seperti ini memberikan lebih banyak alasan untuk melihat pilihan yang tersedia.

 

3. 50% Off KLIA Transit: Jom Terokai Putrajaya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KLIA Ekspres (@kliaekspres)

Tidak semestinya perlu melakukan perjalanan jauh untuk menikmati cuti Merdeka . Express Rail Link (ERL) menawarkan diskaun 50% bagi tambang pergi-balik KLIA Transit ke Putrajaya bersempena Hari Kebangsaan.

Gunakan peluang ini untuk meneroka Putrajaya, menikmati seni bina ikoniknya atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan tanpa perlu berdepan kesesakan jalan raya.

 

4. Rhythm of Malaysia: 72 Jam Di TRX

Kepada yang menggemarkan suasana bandar, The Exchange TRX menjadi antara lokasi menarik untuk dikunjungi. Dari 28 hingga 31 Ogos, ‘Rhythm of Malaysia|72 Hours at TRX’ bakal menampilkan perarakan Merdeka, persembahan serta pelbagai aktiviti interaktif.

Dengan gabungan hiburan, budaya dan komuniti, sambutan ini memberikan wajah Merdeka yang lebih moden dan urban.

5. Bersama Kita Tertarik: Semangat Malaysia Dalam Secawan Teh Tarik

Apa yang lebih Malaysia daripada teh tarik? ‘888 Tea & Coffee’ memperkenalkan ‘Bersama Kita Tertarik’, sebuah kempen yang mengangkat budaya teh tarik dan kepelbagaian masyarakat Malaysia melalui muzik dan pengalaman bersama.

 

6. Jalinan Warisan di IOI City Mall

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IOI City Mall (@ioicitymallmy)

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan dengan Jalinan Warisan dari 14 Ogos hingga 20 September 2026. IOI City Mall menampilkan persembahan serta aktiviti bertemakan Merdeka, mengetengahkan elemen warisan dalam suasana yang santai dan mesra untuk semua peringkat umur.

 

7. RIUH MERDEKA: Raikan Kreativiti Tempatan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RIUH (@riuhinthecity)

Merdeka juga merupakan masa untuk meraikan bakat dan kreativiti Malaysia. ‘RIUH MERDEKA’, yang berlangsung pada 30 hingga 31 Ogos ini menghimpunkan elemen seni, budaya, kreativiti dan komuniti. Pengalaman unik ini juga memberi ruang untuk mengenali bakat tempatan sambil menyokong industri kreatif Malaysia.

 

Merdeka, Dalam Cara Kita Sendiri

Sambutan Merdeka tidak mempunyai satu cara yang tepat. Apa yang penting, semangat Merdeka terus hidup melalui perkara yang kita lakukan setiap hari, menyokong tempatan, menghargai kepelbagaian dan meraikan Malaysia bersama-sama.

Tahun ini, raikan Merdeka dengan cara anda sendiri.

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN: RIUH IN THE CITY EDISI MERDEKA 2025: PUTRAJAYA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut