SENARAI PENAMPILAN PENUH GAYA HUSSAIN JAMILUL DI BIG STAGE X ROCKETFUEL
Disebalik suara yang merdu, Hussain Jamilul, juara Big Stage x Rocketfuel, juga dalam diam membina nama dengan penampilan penuh gaya.
Seminggu telah berlalu semenjak Hussain Jamilul bergelar juara bagi Big Stage x Rocketfuel 2026. Namun, ternyata kemenangan sulung penyanyi 23 tahun ini bukanlah satu-satunya yang menonjol sepanjang pertandingan tersebut. Disebalik suara yang merdu, Hussain juga membina nama dengan pakaian penuh berfesyen. Sepanjang tujuh minggu, Hussain melampirkan tujuh looks melintasi estetika yang berbeza.
Minggu pertama
Hussain memilih gaya segak sebagai introduksinya di Big Stage x Rocketfuel. Sut hitamnya dilengkapi dengan kancingan buckle yang menambah elemen ala militari.
Minggu kedua
Dalam menyampaikan lagu Hutang oleh Floor 88, Hussain mendandani baju zip-up rona kelabu, seluar hitam bersiluet belon, dan blazer hitam regular fit. Pakaian monokromatik itu juga dilengkapi dengan kaca mata hitam nipis, menambahkan penampilan yang ranggi.
Minggu ketiga
Cowboy aesthetic dan denim on denim menjadi pilihan Hussain buat minggu ketiga. Sut double breasted dipadankan dengan denim bersiluet flare, manakala tali pinggangnya bertumpukan buckle statement. Bagi menambahkan lagi aksen koboi, Hussain juga memakai topi kulit bermahkota tinggi warna kuning air.
Minggu keempat
Menandai sut yang ketiga, Hussain memakai satu lagi sut kustom oleh Emri. Kali ini, sut bewarna coklat dan berlapel hitam dipadankan dengan blaus rona plum sebagai penambah keberanian walaupun dalam warna neutral.
Minggu kelima
Kain songket pakaian anak Melayu! Hussain berbusana songket hitam dan emas yang dihiasi kolar mandarin. Pilihan kain pleatednya juga menambah efek layering pada pakaian yang minima.
Minggu keenam
Hussain merealisasikan leather on leather pada minggu keenam. Kot asimetrikal ditaburi logam beserta chain necklace itu membekaskan aura rugged, sisi yang tersemat rapi dengan Hussain.
Semi final
Terlihat Hussain menyarungkan jenama SVG Worldwide yang kini merajai dunia streetwear. Seluar kargo hitam dan but kulit berhias jahitan kuning turut menyungguhkan lagi laid-back look pada penyanyi ini.
Final
Setelah membuat penampilan mengejut pada pertunjukan Emri di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Hussain meneruskan kolaborasinya bersama label baju tersebut dengan tiga busana istimewa. Pertamanya sut double breasted yang dihiasi selempang putih, manakala look kedua merangkul trend jaket napoleon. Hussain kemudiannya melabuhkan penampilannya di Big Stage x Rocketfuel dengan sut linen berbutang scallop yang dihiasi sulaman tangan lakaran Emran Rijal.
Artikel berkaitan: BIG STAGE X ROCKETFUEL TAMAT DENGAN KEMENANGAN HUSSAIN!
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BIG STAGE X ROCKETFUEL TAMAT DENGAN KEMENANGAN HUSSAIN!
Persaingan enam finalis Big Stage X Rocketfuel akhirnya melabuhkan tirai apabila Hussain dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak itu.






