8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari belakang pentas hingga ke barisan hadapan, ini lapan momen pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
Acara besar tahunan fesyen, Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW 2026 telah melabuhkan tirai setelah seminggu bertapak di Esplanade, Suria KLCC. Pesta fesyen yang berlangsung secara seminggu itu menandakan akhirnya edisi ke-14, disertai lebih 50 pereka fesyen yang berganding bahu membangkitkan nama industri mengikut interpretasi sendiri. Dari belakang pentas hingga ke barisan hadapan, ini lapan momen pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
1. Star-studded barisan hadapan Rizman Ruzaini
Malam pertama KLFW 2026 oleh Rizman Ruzaini menghimpunkan nama-nama besar industri. Ini termasuklah Bella Astillah, Hael Husaini, Siti Khadijah Halim, Izara Aisha, Dolla, dan ramai lagi.
2. SVG dan Cultured by Todak
Dua dunia bersatu apabila Ashraf Anuar, founder kepada SVG Worldwide, membuat penampilan istimewa di atas pentas Cultured by Todak pada hari kelima KLFW.
3. Hussain Jamilul
Pertunjukan Emri pada hari ketiga bertambah riuh apabila ditutup oleh penyanyi dan peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul. Penyanyi itu menggayakan blazer hijau olive gaya aristokrat.
4. Muse jelita Fiziwoo
Pengacara dan muse Fiziwoo, Amelia Henderson, memukau para tetamu sebagai pembuka acara memakai gaun emas pleated ala Cleopatra.
5. Bangsawan Melayu Behati
Behati menutup persembahan pada Sabtu malam dengan beberapa kejutan, antaranya kemunculan Dato’ Sri Vida dan Fazley Yaakob. Namun, yang paling mencuri perhatian adalah penampilan Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina, disamping Aisha Retno dan Mila Mohsin yang membuat persembahan dalam berbusana songket.
6. Dress watch Shaznash
Siapa kata jam tangan hanya untuk menentukan masa? Dalam koleksi Running Out of Time oleh Shaznash, gaun pembuka pertunjukan fesyen itu dihiasi lebih 400 jam tangan vintaj. Ia juga disalut dengan 12,000 manik yang bewarna gradien sunset. Mengikut pautan Shaznash, gaun ini mengambil masa kira-kira lima bulan untuk disiapkan.
7. MSYD Rebels Department
Antara show yang menjadi the talk of town pada KLFW 2026 adalah MSYD Rebels Department oleh Masyadi Mansoor. Interaksi antara model dan senarai lagu upbeat menjadi bukti bahawa fun is back in fashion.
8. Pereka debut
Hats off juga pada pereka-pereka fesyen yang baru debut di KLFW tahun ini, seperti Plaza, Inisaya, dan Super Structure yang menunjukkan koleksi teguh.
Artikel berkaitan: ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











