LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop yang ketara di KLFW baru-baru ini membuktikan bahawa isu ini tidak boleh lagi diketepikan.
Meskipun KLFW 2026 sudah berakhir, satu isu kekal terpaut di minda GL. Tidak lain tidak bukan, ia adalah tentang AI slop, satu topik yang cukup merisaukan lantaran terbukti peningkatannya.
Bagi yang tidak lazim mendengar istilah tersebut, AI slop merujuk kepada konten yang dijana menggunakan bantuan kecerdasan buatan. Secara asasnya, kandungan generatif AI ini mudah digunakan, mengambil masa yang singkat, dan tidak memakan kos. Namun, bagaimanakah kesannya terungkap di KLFW?
Hasil berkualiti rendah
Istilah AI slop tidak berpucuk begitu sahaja. Konten berkualiti rendah yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan sentiasa mempunyai ketidaksempurnaan yang ketara ― sama ada pada kesalahan ejaan, warnanya yang kekuningan, atau model yang kelihatan kaku. Inilah yang dimaksudkan dengan konten yang dianggap kurang usaha, kualiti, dan makna. Dominasi ini juga mula membayangi hasil tulen ciptaan manusia, sekali gus berpotensi merendahkan nilai kepakaran profesional industri kreatif.
Melampaui montaj
Apakah tujuan ucapan ketika pertunjukan fesyen jika bukan untuk mengenali maksud dan hasil rekaan? Malangnya, AI slop pada KLFW tahun ini ternyata tidak terhad kepada montaj pertunjukan, iklan tajaan, dan pengumuman. Ia juga dapat dilihat pada ucapan, kapsyen, dan press release oleh rumah-rumah fesyen, biarpun jenama-jenama terhormat. Frasa-frasa seperti “It’s not just about fashion”, “quiet power”, dan “timeless elegance” menjadi terma yang sudah lali didengar lantasan kekerapan penggunaannya yang cukup tinggi. Akibatnya, ucapan yang sepatutnya menjadi medium hubungan antara pereka fesyen dan para tetamu yang hadir berubah menjadi perbualan generik kosong sekadar untuk mengisi masa.
What’s next?
Selalu sahaja kita dengari bahawa art can’t be rushed. Namun, peningkatan AI slop terus membuktikan bahawa segelintir aspek, daripada backdrop hingga ke skrip, digesakan tanpa mengira kualiti hasil kerja. Perkara ini cukup membimbangkan terutamanya bagi industri kreatif. Afterall, fesyen adalah sebuah ekspresi kreativiti ― jangan kita hadkan ia hanya pada fabrik, tetapi juga melalui ucapan, latar belakang, dan konten yang berkualiti dan membina koneksi.
Artikel berkaitan: 8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











