Skip to content

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Kongsikan artikel ini

Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.

Ilham dan inspirasi. Itulah yang sentiasa menjadi dasar yang digunakan tiap kali melihat pereka fesyen menduplikat kreasi nama-nama besar. Namun, Uzair Shoid mempunyai landasan yang tersendiri. Pertunjukan malam kedua KL Fashion Week itu dipenuhi perincian yang mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Sorotan malam tadi menandakan pertunjukan yang keempat bagi pereka fesyen 28 tahun ini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Ia juga menjadi koleksi ketiga yang mengikuti siri Mekar dan Arus. Tetamu jemputan Uzair Shoid hadir mengikut tema, dengan baju-baju tradisional seperti kain pelikat, songket, dan batik yang dipintal mengiringi gaya tersendiri. Renda, labuci, dan outfit layering yang mencerminkan Uzair Shoid juga turut menjadi elemen signifikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uzair Shoid (@uzairshoid)

Dengan tema Bayu, peragaan Uzair Shoid dimulakan dengan montaj yang melakar surat cinta kepada alam semula jadi, sebagai penyedia inspirasi yang tidak berkesudahan. “Sudah tiba masa untuk kita rasa, lihat, nikmati deras hembus hawa bersama-sama,” ujar jenama itu pada suntingan Instagram rasmi sebelum pertunjukan.

Model pertama tampil dengan bralette berona ungu dan skirt berkotak terbelah, kedua-duanya diukir sepenuhnya menggunakan manik. Ia hanyalah menjadi permulaan daripada koleksi yang dibanjiri personaliti Uzair Shoid. Tiada dua yang serupa pada koleksi – setiap rekaan hadir dengan corak dan warna tersendiri. Renda, songket, kain pelikat, dan manik dipilin serasi mengikuti kod rumah. Songket dan pelikat dicabik, memimik butiran berumbaian pada hujung kain, manakala kain tradisional dan renda dilapisi manik dan fringe yang berbayu mengikut pergerakan. Saban penampilan dipadankan dengan kasut berhias manik, anting-anting bunga berjuntai sebagai statement, dan stokin renda pusparagam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by R ♡ (@farariad)

Melampaui pakaian yang melilit badan, Uzair girls juga dihiasi solekan yang melengkapi koleksi. Highlighter di keliling pipi menampilkan wet look disamping menambah dimensi. Mata baby blue berkilauan dipadankan dengan gincu rona natural dan rambut sleek yang disikat rapi. Koleksi kaya dengan perincian tersendiri ini terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.

Artikel berkaitan: KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LET'S TALK - PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.

LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.

Bacaan Lanjut
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut