BIG STAGE X ROCKETFUEL TAMAT DENGAN KEMENANGAN HUSSAIN!
Persaingan enam finalis Big Stage X Rocketfuel akhirnya melabuhkan tirai apabila Hussain dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak itu.
Kemenangan Hussain menyaksikan dirinya menewaskan lima finalis lain, iaitu Adam Nazmie, Ranisha, Danny, Yad-Z dan Danial Kifli, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai lebih RM130,000 termasuk wang tunai dan tajaan pengurusan kerjaya. “Terima kasih kepada semua peminat yang dah undi dan sokong saya dari Talk To My Manager lagi. “Abah, saya berjaya bah,” luah Hussain penuh emosi selepas diumumkan sebagai juara. GLAM Lelaki turut sempat bersama dengannya di belakang pentas, sebelum malam yang mendebarkan itu.
Pada konsert final tersebut, Hussain mempertaruhkan persembahan menerusi lagu Seniman Menangis, dendangan asal Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah. Persembahan itu ternyata berjaya mencuri perhatian dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peserta terakhir yang dinobatkan sebagai juara. Berbeza dengan konsert-konsert sebelumnya, keputusan akhir Big Stage X Rocketfuel kali ini tidak ditentukan sepenuhnya berdasarkan markah juri. Sebaliknya, undian penonton turut diambil kira bagi menentukan kedudukan keenam-enam finalis.
Busana Hussain Dari Emri Vision
Hussain mengenakan busana yang direka khas buatnya di persembahan pertama, oleh Emri Vision. Sut putih yang dipadankan dengan selendang dengan rona yang sama itu direka oleh Emran Rijal, istimewa buat persembahan Hussain sebagai tanda penghormatan buat Datuk Jamal Abdillah. Emran mendapat inspirasi daripada salah satu persembahan Datuk Jamal Abdillah di RTM. Baju kedua untuk persembahan battle dan baju ketiga Hussain, masih segar dibawa dari pentas runway KLFW 2026, ke pentas Big Stage X Rocketfuel buat Hussain.

Sebagai juara, Hussain membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya serta pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment, selain sebuah trofi. Tempat kedua pula menjadi milik Adam Nazmie yang menerima wang tunai RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 serta sebuah trofi.
View this post on Instagram
A post shared by color | genderless | loose | minimalist (@_emiribrahim)
Ranisha melengkapkan kedudukan tiga terbaik dengan meraih tempat ketiga. Dia membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 serta sebuah trofi. Sementara itu, Danny menduduki tempat keempat, diikuti Yad-Z di tempat kelima dan Danial Kifli di tempat keenam. Kedua-dua finalis di kedudukan kelima dan keenam masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000 berserta trofi.
Keputusan Akhir Big Stage X Rocketfuel
Juara: Hussain
Naib Juara: Adam Nazmie
Tempat Ketiga: Ranisha
Keempat: Danny
Kelima: Yad-Z
Keenam: Danial Kifli
Dengan kemenangan ini, Hussain bukan sahaja menutup pentas Big Stage X Rocketfuel sebagai juara, malah membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya bersama Rocketfuel Entertainment.
Pautan berkaitan: SITI NURHALIZA DAN NORANIZA IDRIS BAKAL BERGANDING DI KONSERT GEMA BUMANTARA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





