SITI NURHALIZA DAN NORANIZA IDRIS BAKAL BERGANDING DI KONSERT GEMA BUMANTARA
Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal berkongsi pentas dengannya pada persembahan mega itu.
Konsert Gema Bumantara bakal berlangsung pada 17 Oktober depan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Konsert ini bakal menjadi sebuah perayaan besar yang mengangkat muzik tradisional Melayu serta warisan budaya Nusantara ke pentas berskala antarabangsa. Teka-teki mengenai penyanyi undangan Konsert Tradisional Gema Bumantara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, sebagai salah seorang artis jemputannya.
Menurut Biduanita Negara, pemilihan Noraniza dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar penyanyi berkenaan dalam memperjuangkan muzik tradisional Melayu sepanjang lebih tiga dekad dalam industri seni tanah air.
“Noraniza seorang yang saya hormati dan dia kena ada bersama saya pada konsert ini. Syukur dia sudi menerima lamaran saya untuk sama-sama terlibat dalam konsert ini,” ujar Siti Nurhaliza.
Bagi Siti, kehadiran Noraniza bukan sahaja melengkapkan konsep persembahan. Malah, memperkukuhkan lagi mesej utama Gema Bumantara yang mahu meraikan identiti seni dan budaya Nusantara.
“Saya mahu memastikan muzik warisan indah ini dapat dinikmati oleh generasi muda serta pelancong yang datang ke Malaysia. Ini bukan untuk saya seorang, tetapi buat semua pihak yang selama ini memperjuangkan muzik irama tradisional,” tambahnya.
Kedua-Dua Penyanyi Lagenda Irama Malaysia
Sementara itu, Noraniza Idris yang turut dikenali sebagai Ratu Etnik Kreatif meluahkan rasa syukur. Dia turut berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert tersebut. Kolaborasi antara dua figura besar muzik tradisional ini sememangnya dinantikan ramai, memandangkan kedua-duanya mempunyai sejarah panjang dalam memperkenalkan irama Malaysia kepada peminat muzik tempatan.
Malah, Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris pernah bergandingan menerusi album tradisional Seri Balas pada tahun 1999 yang menampilkan lagu popular seperti Hati Kama. Album berkenaan diterbitkan oleh komposer tersohor Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Selain Noraniza Idris, Konsert Gema Bumantara turut menampilkan penyanyi Haziq Rosebi. Selain itu, dua bintang dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar sebagai artis undangan. Pementasan yang diarahkan muziknya oleh Mohamad Sharhan Syazwan Mohd. Ashri atau Chaan ini dijangka membawa pengalaman berbeza kepada penonton menerusi gabungan muzik, budaya dan elemen persembahan yang penuh warna-warni.
Dengan penyatuan dua nama besar dalam dunia irama tradisional Melayu, Gema Bumantara bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah penghormatan kepada warisan seni yang terus hidup merentasi generasi.
Pautan berkaitan: KM CHART AWARDS 2026: SELEBRITI DI KARPET MERAH SERTA PEMENANG ANUGERAH!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











