GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
Berlangsung pada 28 Oktober lalu, acara eksklusif tersebut diadakan di Botanica+Co, Bamboo Hills dengan suasana brunch berinspirasikan Australia. Bertemakan gaya hidup dan semangat kejohanan tenis berprestij itu, acara berkenaan turut memberikan gambaran awal tentang koleksi serta pengalaman istimewa yang bakal dibawakan BOSS sempena Australian Open 2027.

Mengambil inspirasi daripada tenaga dan kemeriahan salah satu kejohanan tenis paling ikonik dunia, koleksi BOSS x Australian Open menampilkan interpretasi baharu terhadap gaya tenis yang lebih moden dan versatil. Direka untuk melangkaui batas gelanggang, koleksi ini menggabungkan elemen pakaian sukan dengan keperluan harian. Semua ini menerusi siluet santai, potongan kemas dan perincian sofistikated. Antaranya termasuk sut ringan, jaket bomber, windbreaker, polo, kemeja-T, seluar pendek, hoodie serta gaun.
Penggunaan fabrik premium, material teknikal dan pembinaan ringan menjadikan setiap helaian sesuai digayakan dalam pelbagai suasana. Malah, koleksi ini turut mengambil kira gaya hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Setiap rekaan hadir dengan selesa dan mudah disesuaikan daripada acara sukan kepada aktiviti harian di kota.
UNIFORM RASMI AUSTRALIAN OPEN TURUT DIBERI SENTUHAN BOSS
Selain koleksi untuk pengguna, BOSS turut mereka pakaian rasmi pasukan Australian Open. Ia akan digayakan oleh pengadil, ballkids dan petugas kejohanan sepanjang berlangsungnya pertandingan.
Menggabungkan fungsi dan estetika moden, setiap rekaan menggunakan fabrik teknikal serta konstruksi ringan bagi memenuhi keperluan sepanjang kejohanan. Antara yang mencuri perhatian ialah uniform rasmi pengadil. Ia hadir dalam palet monokrom rona beige lembut, terdiri daripada polo lengan panjang, seluar berpotongan kemas dan topi Panama sedondon.

Menariknya, beberapa helaian daripada koleksi uniform rasmi ini turut ditawarkan kepada pengguna dengan perincian logo BOSS x Australian Open yang lebih minimalis, sekali gus membawa identiti gaya kejohanan tenis itu ke luar gelanggang.
BILA DAN DI MANA KOLEKSI BOSS X AUSTRALIAN OPEN BOLEH DIDAPATI?
Buat peminat fesyen dan sukan tenis, koleksi BOSS x Australian Open akan mula tersedia di butik BOSS terpilih di seluruh Malaysia bermula 19 November 2026.
Selain itu, koleksi ini turut diperkenalkan menerusi dua pop-up eksklusif di lokasi berikut:
- Kuala Lumpur International Airport (KLIA Terminal 1) – East Zone Passenger Level, 12 November 2026 hingga 1 Januari 2027.
- Suria KLCC – 4 Januari hingga 31 Januari 2027.

Menerusi kolaborasi ini, BOSS membuktikan bahawa gaya tenis bukan sekadar terhad kepada pakaian di gelanggang, sebaliknya mampu diterjemahkan menjadi gaya harian yang menggabungkan keselesaan, fungsi dan sofistikasi.
Pautan berkaitan: PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.











