Skip to content

GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY

GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY

Kongsikan artikel ini
Giorgio Armani hadir dengan wangian baharu, I WILL dengan kempen bersama pelakon antarabangsa, Jonathan Bailey.
It’s Not About Luck, It’s About Will. Dengan semangat itu, Giorgio Armani memperkenalkan I WILL, haruman maskulin baharu yang menjadi simbol kepada keyakinan dalaman, keazaman tanpa batas dan perjalanan seorang lelaki dalam mencipta legasinya sendiri.

Terinspirasi daripada legasi pengasasnya, Giorgio Armani yang terkenal dengan visi, disiplin dan keteguhan dalam merealisasikan impiannya. Oleh itu,  I WILL direka untuk lelaki yang tidak menunggu peluang datang, sebaliknya mencipta laluan mereka sendiri dengan keyakinan dan kekuatan diri.

Haruman ini hadir sebagai satu pernyataan moden tentang maskuliniti. Bukan tentang menunjuk kekuatan, tetapi bagaimana seseorang lelaki membina kejayaan melalui kesungguhan, kesabaran dan komitmen terhadap dirinya sendiri.

Jonathan Bailey Membawa Kisah Keazaman Dalam Kempen I WILL

Kempen global I WILL menampilkan pelakon British, Jonathan Bailey, yang menggambarkan seorang artis dalam perjalanan mencari kesempurnaan melalui disiplin dan dedikasi. Kempen ini diarahkan oleh pembikin filem yang menerima enam pencalonan Anugerah Akademi, Todd Field. Filem kempen ini menjadi penghormatan kepada dunia sinema serta menggambarkan perjalanan kejayaan Bailey. Sebuah kisah yang bukan bergantung kepada nasib, tetapi hasil daripada kemahuan yang kuat dan usaha berterusan.

giorgio armani i will

Dalam kempen ini, Hollywood tidak dipaparkan sebagai dunia penuh glamor semata-mata. Sebaliknya, sebagai ruang yang memerlukan ketahanan, kesabaran dan kerja keras. Watak Bailey memperlihatkan seorang lelaki yang menyingkirkan gangguan luaran untuk kembali kepada perkara paling penting. Memperhalusi bakat dan menguasai kerjayanya.

Seperti yang digambarkan oleh Field, I WILL bukanlah satu pengisytiharan kepada dunia. Tetapi, sebuah “janji peribadi” kepada diri sendiri. Sebuah gambaran bahawa kekuatan sebenar hadir melalui tindakan yang senyap, keyakinan yang terkawal dan keazaman yang tidak mudah goyah.

Dark Vanilla, Deep Leather: Identiti Maskulin Yang Lebih Berani

Dicipta oleh dua master perfumer terkenal, Nathalie Lorson dan Alberto Morillas, I WILL menampilkan interpretasi baharu terhadap nota vanila dalam wangian lelaki. Selepas empat tahun pembangunan dan lebih daripada 2,800 percubaan, haruman ini menggabungkan kontras antara kelembutan vanila dengan kekuatan nota kulit kayu yang mendalam.

Berbeza daripada karakter vanila tradisional yang sering dikaitkan dengan rasa manis, I WILL menampilkan Madagascar vanilla absolute yang lebih gelap, sensual dan sofistikated. Ia digabungkan bersama Woodleather®, molekul inovatif yang memberikan karakter kulit kayu maskulin dengan kedalaman serta ketahanan yang luar biasa.

giorgio armani i will

Pembukaan haruman dimulakan dengan tenaga segar daripada bergamot Calabria, lavender aromatik dan violet leaf accord yang memberikan kesan bersih serta bercahaya. Kemudian, ia berkembang kepada hati wangian yang lebih beranI. Gabungan vanila yang hangat bersama nota leather yang mencipta aura magnetik.

Pada penghujungnya, haruman ini meninggalkan jejak kayu yang kuat melalui gabungan dua jenis patchouli. Patchouli gelap dari Ladongi, Indonesia yang memberikan kedalaman bumi, serta patchouli Guatemala yang menambah sisi maskulin dan berkarakter.

Teknologi 4D Untuk Jejak Wangian Yang Lebih Berpanjangan

Membawa inovasi dalam dunia perfumery, I WILL menggunakan teknologi prestasi 4D yang dibangunkan oleh dsm-firmenich bagi mengukur prestasi wangian dari aspek ruang dan masa. Teknologi ini membantu perfumer memahami bagaimana wangian berkembang. Daripada semburan pertama, penyebaran aroma di ruang sekeliling, sehingga jejak terakhir yang kekal pada kulit.

Hasilnya ialah wangian yang bukan sahaja tahan lama, tetapi mampu meninggalkan kehadiran yang tersendiri. I WILL direka untuk memberikan impak yang kuat sama ada dipakai pada waktu siang mahupun malam.

Botol Dengan Simbol Kekuatan Dan Keteguhan

Rekaan botol I WILL mencerminkan karakter wangian itu sendiri. Berani, minimalis dan penuh kontras. Dengan bentuk segi empat yang elegan serta bahagian bawah yang melengkung lembut, botol ini menampilkan peralihan warna daripada hitam matte berais di bahagian atas kepada kaca jernih di bahagian bawah. Kemasan penutup logam dan tipografi minimalis melengkapkan reka bentuk yang melambangkan kekuatan serta determinasi.

giorgio armani i will

Selaras dengan komitmen Giorgio Armani terhadap kelestarian, semua saiz botol I WILL boleh diisi semula. Penggunaan botol refill 100ml membantu mengurangkan penggunaan bahan pembungkusan dan menyokong pendekatan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Bahan Berkualiti Dengan Sumber Yang Bertanggungjawab

I WILL mengetengahkan beberapa bahan utama yang diperoleh melalui sumber terpilih dan mampan. Bergamot Calabria, Itali dipilih kerana karakter citrus yang segar dan elegan, diperoleh daripada buah yang dituai pada waktu paling ideal antara Disember hingga Februari bagi mengekalkan keseimbangan aroma.

Vanila Madagascar absolute pula melalui proses panjang bermula daripada tempoh pematangan tumbuhan selama 18 bulan, diikuti proses pengeringan selama enam bulan untuk menghasilkan aroma yang kompleks, sensual dan tahan lama.

Sementara itu, patchouli Guatemala essence yang eksklusif untuk Armani diperoleh daripada rantaian bekalan mampan di Escuintla, Guatemala. Daunnya dituai secara manual dan melalui proses penyulingan wap bagi menghasilkan nota kayu yang kaya serta bersifat maskulin.

Dengan gabungan inovasi, ketukangan perfumery dan mesej yang kuat tentang keazaman diri, Giorgio Armani I WILL hadir sebagai lebih daripada sekadar wangian — ia adalah simbol kepada lelaki yang percaya bahawa masa depan bukan sesuatu yang ditunggu, tetapi sesuatu yang dibina melalui kehendak dan tindakan sendiri.

Pautan berkaitan: DUA HARUMAN BAHARU YSL BEAUTY, MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE & LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TONTON DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY

KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY

Bacaan Lanjut