Skip to content

MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Kongsikan artikel ini

Lihatkan sorotan horologi terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi, dan estetika kontemporari.

Melusuri minggu ketiga bulan Oktober, jenama-jenama horologi serumpun mempersembahkan keluaran terbaru. Bertunjangkan gabungan tradisi dan citra kontemporari, setiap ciptaan menyerlahkan pendekatan tersendiri dalam mentafsir seni pembuatan jam – daripada seni bina bersejarah hingga komplikasi mekanikal berprestij dan seni tatahan rumit.

 

Luminox “Force Blue” Pacific Diver LM3125.FB

Menggabungkan ketahanan profesional dengan misi pemuliharaan marin, Luminox memperkenalkan Force Blue Pacific Diver LM3125.FB hasil kolaborasi bersama organisasi Force Blue. Jam tangan ini menampilkan sarung keluli tahan karat 316L berdiameter 44 mm, bezel sehala Carbono serta teknologi Luminox Light Technology yang memastikan keterlihatan dalam keadaan gelap. Dilengkapi ketahanan air sehingga 200 meter dan tali getah biru dengan pemanjang untuk pemakaian di atas sut selam, model ini mencerminkan gabungan kejuruteraan lasak dan komitmen terhadap pemeliharaan ekosistem marin.

 

Chopard L.U.C Full Strike ‘Día de los Muertos’ Edition 13

Chopard meraikan kehalusan seni kraf tradisional dan komplikasi pengulang minit dengan Chopard L.U.C Full Strike ‘Día de los Muertos’ Edition 13. Ia dihasilkan sebagai jam tangan unik dalam emas mawar etika 18 karat. Menampilkan motif calavera yang diinspirasikan oleh budaya Mexico, permukaannya dihiasi seni tatahan jerami biru dan kulit telur yang mengambil masa 160 jam untuk disempurnakan. Seni binanya juga dilengkapi kaliber L.U.C 08.01-L dengan teknologi gong nilam monoblok berpaten. Ketepatan horologi, kehalusan pertukangan, dan warisan budaya tersemat dalam satu ciptaan eksklusif.

 

Cartier Tank Américaine Skeleton

Cartier Tank Américaine Skeleton buat pertama kalinya dilengkapi kaliber manual 1988 MC dengan jambatan berbentuk angka Roman. Dihasilkan dalam platinum atau emas mawar, jam tangan ini memberi ilusi mekanisme yang seolah-olah terapung. Kejuruteraan halus diserlahkan lagi dengan garis melengkung emblematik Cartier serta kemasan kontras pada sarungnya.

 

OMEGA Seamaster Diver 300m James Bond And Spectre Collection

OMEGA mempersembahkan Seamaster Diver 300M James Bond and Spectre Limited Edition, mengangkat dualiti antara dua ikon dunia 007. Model ini hanya dihadkan kepada 77 set bernombor bagi setiap edisi. Setiap set menggabungkan dua jam tangan berdiameter 42mm. Masing-masing dalam keluli tahan karat dan emas platinum, dengan dail emas putih 18 karat. Dua motif menjadi tumpuan, iaitu laras senjata ikonik James Bond atau sotong yang melambangkan Spectre. Dikuasakan kaliber Co-Axial Master Chronometer 8806, koleksi eksklusif ini menyatukan ketepatan horologi dengan simbolisme dua watak yang berbeza dalam satu dunia.

 

Shanghai Watch Fangyu Collection

Mengadaptasi keunikan seni bina bersejarah Shanghai dalam arloji, Shanghai Watch memperkenalkan koleksi Originate Fangyu. Dengan sarung berbentuk segi empat berukuran 38mm yang diperbuat daripada keluli tahan karat 316L. Diinspirasikan oleh struktur The Bund City Hall Plaza, jam tangan ini menampilkan tekstur dekoratif pada dail, sudut melengkung yang halus, serta tali Alcantara yang memberikan sentuhan moden. Dikuasakan mekanisme automatik ST2130 dengan rizab kuasa sekitar 42 jam, koleksi ini hadir dalam empat pilihan warna.

Artikel berkaitan: 7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Bacaan Lanjut
FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut