Skip to content

SANTOS DE CARTIER : SIMBOL ELEGAN UNTUK PENGEMBARA

Kongsikan artikel ini

Cartier memperkenalkan dua rekaan baharu dalam koleksi ikoniknya, Santos de Cartier Titanium dan Santos de Cartier Black Dial SuperLuminova. Kedua-dua model ini menampilkan keseimbangan antara ketepatan teknikal dan keanggunan estetik. Ia mengekalkan warisan reka bentuk asal Santos yang dicipta untuk penerbang legenda Alberto Santos-Dumont.

SANTOS DE CARTIER TITANIUM: KEKUATAN DALAM KELEMBUTAN

Menampilkan struktur titanium yang 43% lebih ringan dan 1.5 kali lebih kukuh daripada keluli, Santos de Cartier Titanium ialah simbol kekuatan dan inovasi. Kemasan bead-blasted matte dalam rona antrasit menyerlahkan kedalaman tekstur jam ini, manakala mahkota berhiaskan batu black spinel memberi sentuhan mewah yang halus. Rekaannya minimal tetapi penuh karakter  sesuai untuk mereka yang menghargai gaya dinamik dan ketahanan dalam setiap perincian.

SANTOS DE CARTIER

SANTOS DE CARTIER BLACK DIAL: SEMANGAT PENGEMBARAAN MODEN

Bagi model Santos de Cartier Black Dial, Cartier mempersembahkan gaya lebih sporty dengan paparan dail hitam yang dilengkapi jarum bercahaya SuperLuminova hijau. Perincian “railway track” dan kombinasi kemasan satin serta sunburst motif memberikan kesan visual yang berlapis dan berprestij. Mahkotanya pula menampilkan bentuk heptagon tersendiri dengan batu blue synthetic spinel, menonjolkan sentuhan klasik Cartier dalam reka bentuk moden.

 

 

KEINDAHAN FUNGSI DAN GAYA

Kedua-dua jam tangan ini membuktikan bahawa Santos de Cartier kekal relevan dengan gaya asalnya. Ia direka untuk mereka yang berani mencabar batasan. Ringan, tahan lama, dan menawan, koleksi ini bukan sekadar alat pengukur masa, tetapi simbol gaya hidup maskulin yang berani dan sofistikated.

Artikel Berkaitan: TIMOTHEE CHALAMET JADI DUTA BAHARU CARTIER

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA'S SECRET FASHION SHOW 2026

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026

Bacaan Lanjut
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

Bacaan Lanjut
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

Bacaan Lanjut