TIMOTHEE CHALAMET JADI DUTA BAHARU CARTIER
Pelakon muda prolifik, Timothee Chalamet diangkat oleh Cartier sebagai sahabat baharu maison mewah ini. Khabar gembira ini dikongsikan oleh Cartier tatkala mereka berada di Festival Filem Antarabangsa Venice. Chalamet yang hadir ke festival itu untuk mempromosikan filem baharu lakonannya, Dune. Ia juga dibintangi oleh Zendaya dan Rebecca Ferguson.

Chalamet hadir ke tayangan perdana Dune di Venice dengan menyarungkan barang kemas Cartier. Pilihannya adalah koleksi vintaj Cartier. Dua cincin hitam dengan emas putih serta kerongsang berbatuk oniks daripada tahun 2004 disematkan pada penampilannya. Terdahulu, Chalamet sudah lama menyarungkan koleksi-koleksi Cartier tatkala hadir ke acara gala.

Arnaud Carrez daripada Cartier menyifatkan pemilihan Timothee Chalamet sebagai sahabat baharu Cartier adalah kerana pelakon ini mempunyai minat yang cukup mendalam , bersifat bebas, open-mindedness dan kreatif. “Cara Timothee melihat kehidupan cukup bold dan terbukti melalui pilihan profesionalnya dan stail free-spirited cukup selari dengan jati sebenar Cartier,” ujar Carrez, Senior Vice President, Chief Marketing Officer of Cartier International.

Tayangan perdana Dune di Festival Filem Antarabangsa Venice, Chalamet mmeilih persalinan daripada Haider Ackermann. Baju dan seluar ini dijahit dengan labuci hitam sepenuhnya. Chalamet yang cukup cool, hadir dengan grooming yang lebih relaks. Rambut dibiarkan bebas tanpa perlu diset serta muka polos nan segar.
PAUTAN BERKENAAN: LIMA PENYANYI BERGAYA MASA KINI. AND WHY WE LOVE THEIR STYLE?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN
Terokai 6 ikon global daripada Jacob Elordi ke Dua Lipa yang membuktikan buku adalah aksesori paling karismatik.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025
Daripada Wuthering Heights, Jacob Elordi mengukuhkan reputasi sebagai aktor versatil dan ikon gaya lelaki moden 2025.











