LIMA PENYANYI BERGAYA MASA KINI. AND WHY WE LOVE THEIR STYLE?
Menempuh sepanjang tahun 2021, memang banyak perkara terjadi dan momen yang tercipta dalam industri hiburan. Setiap minggu ada sahaja benda baru yang akan dibualkan atau viral di media sosial. Antara yang hangat diperkatakan beberapa bulan lalu adalah single baharu Lizzo bersama Cardi B, pelancaran album penuh Doja Cat, album solo Lisa BlackPink bakal muncul, Justin Bieber dilaporkan penyanyi menerima jumlah strim lagu tertinggi di Spotify, lagu hit Bruno Mars bertajuk ‘Leave the Door Open’ dan banyak lagi.
Selain itu, cerita fesyen dan penampilan penyanyi lelaki pada 2021 juga tak kurang hebatnya. Meskipun pandemik, namun beberapa negara telah pun membenarkan acara seni diadakan dan berlangsungnya beberapa acara utama. Dari situlah, kita dapat menyaksikan para selebriti lelaki kembali sakan bergaya, setelah terkurung di rumah beberapa bulan. Mengenai tahun 2021 lagi, kisah lima penyanyi ini bukan sahaja mengenai produk atau bakat hebat mereka, apa yang memikat GLAM Lelaki adalah untuk menyentuh perihal stail mereka. Stail yang mereka pamerkan benar-benar ‘stylish’ dan punya daya tarikan tersendiri.
They stay true to themselves. Dan tentunya, dengan bantuan pasukan stylist dibelakang mereka. Jika tahun-tahun lepas, kita lihat Jaden Smith, Drake, Quavo atau Tyler, The Creator yang memiliki gaya menakjubkan. This time around is different.
Apa yang GLAM Lelaki perhatikan, makin ramai penyanyi lelaki yang muncul mempamerkan gaya sangat luar biasa, terkadang mencetus inspirasi untuk para peminat fesyen untuk meniru gaya ‘cool’ dan stylish mereka. Gaya yang menjadi ikutan mudah sekali di lihat di akaun-akaun TikTokers. Thanks to Harry Styles too for normalising many things in men’s fashion. Ayuh, semak siapakah lima penyanyi yang bergaya pada 2021 (setakat ini).
BAZZI
We would like to admit that Bazzi has the best styles this year. Dia benar-benar mentransformasi gayanya dari seorang penyanyi biasa ke penyanyi yang stylish. Bukan sekadar stylish, tahu pakai cantik-cantik. Malah, Bazzi memecah norma gaya lelaki yang tipikal. He isn’t afraid to wear colours, accessories, and terkadang kelihatan fluid. Tanpa perlu mendedahkan identiti atau seksualitinya. Kunci gaya Bazzi ialah bold accessories, baju-baju sarat cetakan, helaian multi rona dan let loose. Boleh tahu yang Bazzi sangat enjoy dan seronok bermain dengan fesyen. Imejnya sesuai dengan lagu-lagu yang menjadi dendangannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI
Post Malone mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan yang banyak dengan melakukan satu perubahan kecil.
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS
Christinna Kuan & Hun Haqeem menggayakan koleksi musim panas 2023 GUESS-mengadaptasi motif dan siluet musim panas pada desain terkandung.
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI
Adakah anda sedang mencari idea fesyen baru? Ketahu lima produk fesyen menarik untuk dimiliki. #GLAMLelaki approved.
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA
Jungjae Lee dilantik sebagai duta global Gucci dan menghiasi kempen terbaru Gucci Valigeria. Mengertikan kembara mewah sebenar.
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK
Wajah dari serata dunia hadir memeriahkan acara-acara fesyen utama yang berlangsung sepanjang men’s fashion week bulan lepas. GLAM Lelaki memilih lima tetamu yang stylish.