LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’
LILANZ terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan butik terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur.
Jenama fesyen lelaki, LILANZ terus mengembangkan sayapnya di Malaysia apabila rasmi membuka butik keenam di Pavilion Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2026. Mereka menawarkan koleksi eksklusif serta rekaan versatil buat lelaki moden. Pembukaan terbaharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat jenama berkenaan yang masih dalam tahun kedua kehadirannya di pasaran tempatan.

Mengangkat konsep ‘The Fifth Season’, butik baharu ini membawa pendekatan berbeza terhadap fesyen lelaki. Koleksi yang melangkaui batasan musim serta gaya pemakaian konvensional diperkenalkan. Menerusi konsep tersebut, LILANZ mahu menawarkan helaian yang bukan sahaja menitikberatkan estetika. Malah, mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai rutin dan gaya hidup lelaki moden.
Berteraskan gabungan kemahiran pertukangan tradisional, jahitan berkualiti serta rekaan kontemporari, setiap koleksi LILANZ direka untuk memberikan keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Matlamatnya adalah untuk membolehkan lelaki bergerak dengan lebih bebas antara urusan kerja, aktiviti santai dan pelbagai acara tanpa perlu menukar keseluruhan penampilan.
Berukuran 2,369 kaki persegi, butik Pavilion Kuala Lumpur menawarkan pilihan koleksi premium yang lebih luas. Beberapa rekaan eksklusif yang hanya boleh didapati di lokasi tersebut juga terseda. Antara rangkaian utama yang ditawarkan ialah SMART, Performance, Urban Casual dan EverNew Polo Shirts.
EMPAT RANGKAIAN UTAMA LILANZ
Buat penggemar gaya formal, rangkaian SMART menampilkan pilihan sut dengan potongan single-breasted dan double-breasted dalam pelbagai material serta warna. Menariknya, butik Pavilion Kuala Lumpur turut menawarkan pilihan warna Burgundy eksklusif yang memberikan sentuhan lebih tersendiri kepada penampilan formal.
Sementara itu, Performance Line direka khas untuk lelaki yang sentiasa bergerak aktif menerusi pilihan pakaian yang mengutamakan keselesaan dan fungsi. Antaranya termasuk rekaan minimalis untuk ke pejabat, jaket windbreaker kalis angin dan air serta pakaian dengan teknologi pengawalan suhu.

Bagi mereka yang lebih gemarkan gaya santai, Urban Casual Line mengetengahkan tiga konsep utama. Ia terdiri daripada Social Circles, Everyday Leisure dan Designer Series. Koleksi ini merangkumi jaket kapas, helaian asas hitam dan putih serta rekaan berstruktur dengan potongan lebih santai. Penggunaan fabrik premium semula jadi seperti kapas, linen dan bulu biri-biri turut memberikan keselesaan tanpa mengetepikan elemen gaya.
Melengkapkan pilihan tersebut ialah EverNew Polo Shirts yang hadir dalam pelbagai warna untuk disesuaikan dengan pelbagai acara. Antaranya, rangkaian LINICE yang menggunakan teknologi Advance Cotton Technology, direka khas untuk cuaca tropika dan mampu mengekalkan kejelasan warna fabrik walaupun selepas 30 kali cucian.
KOLEKSI AUTUMN 2026 TURUT DIPERKENALKAN DI LILAN PAVILION KUALA LUMPUR
Sempena pembukaan butik baharu, pengunjung turut berpeluang meneroka koleksi LILANZ Autumn 2026 yang menampilkan pilihan helaian buat lelaki yang mementingkan gaya dan keselesaan. Koleksi ini mengetengahkan pendekatan fesyen yang menggabungkan elemen pakaian formal perniagaan dengan gaya kasual. Permainan rona bumi yang hangat, warna mahogany yang lebih gelap serta penggunaan fabrik semula jadi premium menjadi antara tarikan utama koleksi berkenaan.
Setiap rekaan hadir dengan variasi potongan dan siluet yang boleh digayakan mengikut kesesuaian acara. Sama ada untuk lelaki profesional mahupun generasi muda yang menggemari gaya urban. Turut memeriahkan acara ialah barisan selebriti, personaliti fesyen dan penggiat industri tempatan termasuk Daler Yusuf, Iydzham Ang, Alvin Tiew, Daniel Fong, Evertts Gomes dan Hakimi Noordin.

Acara dimulakan dengan persembahan DJ oleh Anthony Pang sebelum diteruskan dengan sesi bengkel penggayaan yang dikendalikan oleh Andrea Kee. Menerusi sesi tersebut, tetamu berpeluang melihat sendiri bagaimana helaian ikonik LILANZ boleh digabungkan untuk menghasilkan penampilan harian yang lebih menarik dan versatil.
Menerusi pembukaan butik keenam ini, LILANZ bukan sekadar memperluas rangkaian perniagaannya di Malaysia. Malah, mereka memperkenalkan perspektif baharu terhadap gaya lelaki moden. Selari dengan konsep ‘The Fifth Season’, jenama ini percaya bahawa fesyen tidak seharusnya terikat dengan musim atau kod pemakaian tertentu, sebaliknya perlu bergerak seiring dengan setiap fasa kehidupan.
Pautan berkaitan: BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Evertts Gomes dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI
Fenomena KUDRAT 1968 bakal mencapai kemuncak menerusi filem KUDRAT 1968: High Council pada 29 Oktober 2026.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?
Pelakon-pelakon utama filem Kudrat 1968 telah didedahkan, dan menjadikan penantian peminat siri High Council yang kian menanti.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
GL ‘5 UNDER 25’: HAKIMI NOORDIN, “MEMILIKI CIRCLE YANG SOLID SECARA TAK LANGSUNG MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.”
Hakimi Noordin bermula sebagai model dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula. Dia mahu mendalami bidang lakonan sebaiknya.











