Skip to content

GL ‘5 UNDER 25’: HAKIMI NOORDIN, “MEMILIKI CIRCLE YANG SOLID SECARA TAK LANGSUNG MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.”

Kongsikan artikel ini

Hakimi Noordin bermula sebagai model dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula. Sedang giat berlakon, Hakimi turut aktif dalam pelbagai aktiviti kecergasan. Dan kini, penglibatannya dalam HYROX dan macam-macam lagi mencetus inspirasi buat para lelaki khasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bagaimana anda mula mengenali potensi diri sendiri, dan apakah momen yang paling membuka mata tentang siapa diri anda sebenarnya?

Saya mula mengenali diri melalui pengalaman yang saya lalui sepanjang proses membesar. Saya percaya bahawa setiap usaha dan kerja keras pasti membuahkan hasil. Tanpa saya sedari, satu demi satu perkara yang saya impikan hadir dalam hidup saya—sama ada cepat atau lambat, ia tetap akan menjadi milik saya. Dari situ, saya mula yakin dengan potensi diri sendiri. Momen yang paling membuka mata tentang siapa diri saya sebenarnya adalah ketika saya menamatkan pengajian ijazah. Pada saat itu, saya sedar bahawa di situlah bermulanya kehidupan dan cabaran sebenar.

Dalam proses ‘explore yourself’, apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi, dan bagaimana anda mengatasinya?

Cabaran terbesar saya adalah dalam mengatur hala tuju hidup. Ada kalanya saya tertanya-tanya sama ada pilihan yang dibuat itu betul atau sebaliknya. Cara saya menghadapinya adalah dengan mempunyai sistem sokongan yang kuat. Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. Mempunyai circle yang solid secara tidak langsung mengubah cara kita berfikir dan menjalani kehidupan. Antara perkara yang kami amalkan adalah meraikan setiap kejayaan, walaupun kecil—celebrate every little thing.

hakimi glam lelaki

Jika anda boleh gambarkan diri anda dalam tiga perkataan, apakah ia? Dan bagaimana ia berubah sejak anda mula perjalanan ini?

Driven. Resilient. Unstoppable.

Sejauh mana pentingnya kegagalan dalam membantu anda memahami diri sendiri dengan lebih mendalam?

Kegagalan bukan lagi sesuatu yang asing dalam hidup saya. Pada awalnya, saya mudah berasa down apabila perkara yang diinginkan tidak menjadi kenyataan. Namun, saya pernah melalui satu kegagalan besar yang benar-benar mengubah perspektif saya. Seseorang pernah berkata kepada saya, “Rejection is not just a rejection, it’s actually a redirection.” Sehingga hari ini, saya masih berpegang pada kata-kata itu. Dan mungkin kerana itu, saya berada di tempat saya sekarang.

Bagaimana perasaan anda apabila dianggap sebagai individu yang berjaya sebelum usia 25 tahun? Adakah ia satu tekanan atau motivasi?

Bagi saya, umur bukanlah satu penanda aras untuk menentukan tekanan atau pencapaian hidup. Saya percaya kepada usaha dan kerja keras—hasilnya tetap akan datang, sama ada cepat atau lambat. Perancangan yang kukuh sangat penting, dan apabila saya mempunyai pelan yang jelas, ia secara tidak langsung memberi motivasi untuk terus melangkah ke hadapan dan menghadapi apa jua yang mendatang.

Apakah nasihat anda kepada anak muda lain yang masih mencari identiti dan arah hidup mereka?

Belajarlah untuk menyesuaikan diri dengan baik—orang akan lebih selesa dengan kehadiran kita. Dari situ, kita boleh membina circle yang solid, yang sedikit sebanyak akan membentuk kehidupan kita. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri—mahu atau tidak, pilihannya sentiasa ada dua. Jadi, pilihlah dengan bijak.

What’s next for Hakimi?

Berlakon, tanpa ragu. Saya ingin meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.

Artikel berkaitan: GL ‘5 UNDER 25’: BELLA DOWANNA, MENCARI RENTAK SENDIRI.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL ‘5 UNDER 25’: BELLA DOWANNA, MENCARI RENTAK SENDIRI.

Bacaan Lanjut

GL ‘5 UNDER 25’: SHARUL AIMY. MENGENALI POTENSI DIRI, PERJALANAN, CABARAN & MASA DEPAN

Bacaan Lanjut
KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH '5 UNDER 25', ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026

KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut

COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut