GL ‘5 UNDER 25’: ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE, VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN LOKAL MALAYSIA
GLAM Lelaki tampilkan Ashraf Anuar sekali lagi untuk menghiasi cover digital GLAM Lelaki. Kami meletakkan pengasas SVG Worldwide ini antara lima individu cemerlang bawah usia 25 tahun.
Dalam landskap fesyen jalanan Malaysia yang semakin berkembang, nama Ashraf Anuar muncul sebagai antara figura muda paling berpengaruh. Pada usia 25 tahun, Ashraf berjaya membina SVG Worldwide menjadi salah satu jenama streetwear tempatan yang mendapat perhatian ramai. Sekali gus membuktikan bahawa bakat dan visi besar mampu mengubah industri fesyen tanah air.
Perjalanan Ashraf bermula dengan modal yang sangat kecil. Dengan hanya RM50, Ashraf menghasilkan koleksi kemeja-T pertamanya yang habis dijual dalam tempoh singkat. Dari situ, SVG Worldwide berkembang menjadi jenama bernilai jutaan ringgit dan dikenali dalam kalangan peminat fesyen jalanan di Malaysia. Terutamanya di kalangan anak muda.

Apa yang membezakan Ashraf daripada pereka muda lain ialah pendekatannya terhadap penceritaan melalui fesyen. Setiap koleksi yang dihasilkan bukan sekadar pakaian, tetapi membawa mesej, identiti dan pengalaman visual yang unik. Ashraf menggabungkan elemen grafik yang berani, tekstur eksperimental. Dan pengaruh budaya jalanan untuk menghasilkan rekaan yang segar serta relevan dengan generasi muda.
Koleksi “The Journey” yang diperkenalkan pada pertunjukan koleksi musim bunga 2025 menjadi bukti jelas terhadap visi kreatifnya. Acara tersebut mencatat sejarah sebagai antara pertunjukan fesyen jalanan solo terbesar di Malaysia dengan penglibatan 100 model. Membuktikan bahawa SVG Worldwide mampu berdiri setanding dengan jenama antarabangsa.

Selain aspek fesyen, Ashraf turut menggunakan platform media sosial SVG Worldwide untuk menyampaikan mesej sosial dan budaya. Pendekatan ini menjadikan jenamanya lebih daripada sekadar label pakaian, malah satu gerakan kreatif yang dekat dengan masyarakat.
Artikel berkaitan: GL ‘5 UNDER 25’: LAYLA SANIA, “KEJAYAAN ITU SANGAT SUBJEKTIF.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL ‘5 UNDER 25’: HAKIMI NOORDIN, “MEMILIKI CIRCLE YANG SOLID SECARA TAK LANGSUNG MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.”
Hakimi Noordin bermula sebagai model dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula. Dia mahu mendalami bidang lakonan sebaiknya.
GL ‘5 UNDER 25’: SHARUL AIMY. MENGENALI POTENSI DIRI, PERJALANAN, CABARAN & MASA DEPAN
Baca temu bual GLAM Lelaki bersama Sharul Aimy, salah seorang personaliti cover isu April 2026. Bicara soal kerjaya dan pengalaman diri .
KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
5 ‘DROP’ TERHANGAT SVG WORLDWIDE TAHUN 2025
SVG Worldwide terus mendominasi fesyen streetwear Malaysia. Berikut 5 'drop' terhangat SVG Worldwide tahun ini.
6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.











