GLAM LELAKI X COACH RAIKAN DUNIA BUKU & PENCERITAAN MENERUSI “EXPLORE YOUR STORY”
Kolaborasi GLAM Lelaki dan Coach bawakan Rish’s Book Club untuk menggabungkan fesyen, dan dunia pembacaan melalui ‘Explore Your Story’.
Pada 9 Mei 2026 yang lalu, GLAM Lelaki berkolaborasi bersama Coach dan Rish’s Book Club dalam satu acara penuh inspirasi. Acara ini bertemakan penceritaan, kreativiti dan kecintaan terhadap dunia buku menerusi acara Explore Your Story yang berlangsung di Coach Play, APW.
Berlangsung dari jam 2:00 petang hingga 5:30 petang, acara ini menghimpunkan komuniti pembaca dari Rish’s Book Club serta pembaca setia GLAM Lelaki. Selain itu, selebriti tempatan serta para pempengaruh dalam satu ruang. Ruang ini meraikan rasa ingin tahu, intelektualiti dan budaya membaca. Sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen dan gaya hidup masa kini.

Membuktikan bahawa dunia fesyen bukan hanya tentang penampilan semata-mata, Coach bersama GLAM Lelaki mengetengahkan sisi lebih mendalam tentang ekspresi diri melalui buku. Ia juga tentang cerita dan pengalaman hidup. Dalam suasana santai namun penuh makna, para tetamu turut diperkenalkan dengan kempen terbaru Coach. Ia mengangkat elemen penceritaan peribadi dan identiti individu.
Sesi Perbualan Bersama Ashraf Anuar & Layla Sania
Antara agenda utama petang tersebut ialah sesi perbualan khas bersama Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim dan pengasas SVG Worldwide, Ashraf Anuar. Selepas itu, Johan disertai oleh penyanyi dan penulis lagu, Layla Sania. Sesi ini membuka ruang kepada perbincangan tentang perjalanan kerjaya mereka. Selain itu, cabaran membina identiti dalam industri kreatif serta pengalaman hidup yang banyak membentuk siapa diri mereka hari ini.
Ashraf dan Layla turut berkongsi perspektif mereka tersendiri. Tentang bagaimana kreativiti, keberanian untuk menjadi autentik dan pengalaman peribadi menjadi sumber inspirasi dalam kerjaya masing-masing. Perkongsian mereka memberi dimensi lebih dekat dan relatable kepada para hadirin, khususnya generasi muda yang sedang mencari arah dan suara sendiri.

Explore Your Story & Stesen Bookmark
Acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pengalaman lebih peribadi kepada para tetamu. Menerusi aktiviti Explore Your Story, para hadirin berpeluang berkongsi cerita dan refleksi diri melalui prompt cards yang menampilkan pelbagai soalan menarik tentang kehidupan, impian dan pengalaman peribadi. Aktiviti ini secara tidak langsung mewujudkan suasana lebih dekat dan bermakna antara para tetamu.

Tidak hanya itu, sebuah Stesen Bookmark khas bersama Coach turut menjadi tarikan utama, di mana para tetamu boleh menghasilkan penanda buku (bookmark) tersendiri dengan sentuhan personalisasi istimewa daripada Coach.

Sesi Perbincangan Buku Sense & Sensibility
Acara diteruskan dengan sesi perbincangan buku Sense & Sensibility karya Jane Austen. Turut disertai bersama pengasas Rish’s Book Club, Rish Lazarus dan ahli-ahli kelab buku tersebut. Novel klasik itu juga menjadi salah satu inspirasi kepada aksesori book charms dalam kempen Coach kali ini. Ini menjadikan sesi diskusi tersebut lebih menarik dan relevan dengan tema acara.

Perbincangan yang berlangsung bukan sahaja menyentuh tentang tema cinta dan emosi dalam karya Jane Austen. Tetapi, juga bagaimana nilai-nilai tersebut masih relevan dalam kehidupan moden hari ini. Suasana petang itu dipenuhi dengan perbualan bermakna, pertukaran perspektif serta rasa keterhubungan melalui dunia literasi. Kemudian, mereka beralih ke The Coach Coffee Shop untuk after-party sambil menikmati makanan disitu. After-party ini dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh DJ Athina Kamarudin.

“Explore Your Story” bukan sekadar sebuah acara gaya hidup biasa, tetapi sebuah platform yang meraikan komuniti, kreativiti dan kecintaan terhadap cerita. Sama ada melalui fesyen, muzik mahupun buku. GLAM Lelaki bersama Coach dan Rish’s Book Club berjaya mencipta pengalaman yang mengingatkan bahawa menjadi ‘well-read’, ingin tahu dan intelektual adalah sesuatu yang wajar diraikan.
Pautan berkaitan: GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN
Koleksi kapsul eksklusif kolaborasi Coach bersama Brain Dead dilancarkan secara global dengan koleksi ready-to-wear, beg serta aksesori.
GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.











