Skip to content

GL ‘5 UNDER 25’: LAYLA SANIA, “KEJAYAAN ITU SANGAT SUBJEKTIF.”

Kongsikan artikel ini

Layla Sania ditampilkan sebagai personaliti cover untuk GLAM Lelaki buat pertama kalinya. Istimewa lagi, Layla tersenarai antara lima individu yang cemerlang bawah usia 25 tahun pilihan GLAM Lelaki. Kami menemu bual Layla mengenai potensi diri dan perjalanan kerjayanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bagaimana anda mula mengenali potensi diri sendiri, dan apa momen yang paling membuka mata tentang siapa diri anda sebenarnya?

Sejujurnya, semuanya bermula sebagai minat. Layla memang suka menyanyi, berlakon dan mengacara. Pada awalnya sekadar hobi, tidak terlalu serius. Namun, apabila orang mula memberi peluang dan mempercayai kebolehan Layla, dari situ Layla sedar mungkin ini lebih daripada sekadar minat. Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, keyakinan itu semakin terbina, dan perlahan-lahan Layla mula melihat potensi diri dengan lebih jelas.

Momen paling membuka mata adalah apabila Layla sedar apa yang Layla lakukan mampu menyentuh dan mencapai orang dari pelbagai latar belakang, walaupun berbeza bahasa dan budaya.

Dalam proses ‘explore yourself’, apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi, dan bagaimana anda mengatasinya?

Cabaran terbesar bagi Layla adalah mengimbangi masa antara pelajaran dan kerjaya. Pernah melalui fasa yang sangat padat. Sebelah pagi ada internship, kemudian sambung ke sesi rakaman muzik, dan dalam masa yang sama terlibat dengan penggambaran drama. Ada waktu perlu berulang-alik ke Genting untuk shooting dan keesokan harinya kembali semula untuk internship.

Dalam kesibukan itu, Layla tetap perlu menyiapkan tugasan, jadi banyak kerja dilakukan ketika waktu rehat atau ketika tidak terlibat dalam penggambaran. Memang penat, tetapi pengalaman itu mengajar Layla untuk mengurus masa dengan lebih baik dan menjadi lebih disiplin.

Jika anda boleh gambarkan diri anda dalam tiga perkataan, apakah ia? Dan bagaimana ia berubah sejak anda mula perjalanan ini?

Layla akan menggambarkan diri sebagai bubbly, sedikit scatterbrained, dan seorang hopeful dreamer. Layla juga seorang yang agak hiperaktif, tetapi itulah yang membuatkan Layla sentiasa menikmati setiap perkara yang dilakukan dan kekal teruja dengan minat sendiri.

Sejauh mana pentingnya kegagalan dalam membantu anda memahami diri sendiri dengan lebih mendalam?

Bagi Layla, kegagalan sangat penting kerana ia membantu Layla untuk kekal berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat pada asal-usul. Apabila sesuatu tidak menjadi, Layla akan mengambil masa untuk refleksi, berbicara dengan diri sendiri, dan belajar daripada pengalaman tersebut.

Dulu, Layla melihat kegagalan sebagai sesuatu yang negatif. Namun kini, perspektif itu berubah. Kegagalan bukan untuk menjatuhkan, tetapi sebahagian daripada proses untuk menjadi lebih kuat dan lebih mengenali diri sendiri.

Bagaimana perasaan anda apabila dianggap sebagai individu yang berjaya sebelum usia 25 tahun. Adakah ia satu tekanan atau motivasi untuk terus berkembang?

Bagi Layla, ia lebih kepada motivasi. Walaupun begitu, Layla sendiri merasakan perjalanan ini masih jauh dan belum mencapai definisi “kejayaan” sepenuhnya kerana masih banyak impian yang ingin dikejar.

Layla sangat bersyukur atas peluang yang diberikan, termasuk penghargaan daripada GLAM Lelaki, yang menjadi satu penghormatan besar. Ia memberi semangat untuk terus memperbaiki diri, bekerja lebih keras, dan berharap dapat menjadi seseorang yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain sambil terus belajar dan berkembang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Apakah nasihat anda kepada anak muda lain yang masih mencari identiti dan arah hidup mereka?

Bagi Layla, kejayaan itu sangat subjektif dan setiap orang mempunyai definisi tersendiri. Tiada had masa. Setiap individu bergerak mengikut pace masing-masing. Tidak perlu terlalu terkesan dengan kata-kata orang, terutamanya yang menjatuhkan semangat, kerana hanya diri sendiri yang benar-benar tahu apa yang ingin dicapai.

Fokus pada impian sendiri, berusaha ke arah matlamat, dan jangan mudah berputus asa. Mungkin hari ini belum tiba masanya, tetapi masa depan sentiasa penuh dengan kemungkinan—hidup boleh berubah pada bila-bila masa.

What’s next for Layla?

Bagi Layla, perjalanan ini masih panjang. Buat masa ini, Layla ingin fokus untuk menamatkan pengajian, terus berkembang sebagai seorang artis dan individu, serta meneroka lebih banyak peluang yang ada. Layla percaya ini hanyalah permulaan, dan masih banyak lagi yang menanti di hadapan.

Artikel berkaitan: GL ‘5 UNDER 25’: SHARUL AIMY. MENGENALI POTENSI DIRI, PERJALANAN, CABARAN & MASA DEPAN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FIFA WORLDCUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™” — SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 1980-AN

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN

Bacaan Lanjut
PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN

PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut