Skip to content

HYPERBOOST EDGE KEMBALI DENGAN WARNA BAHARU, LEBIH BERANI DAN DINAMIK

HYPERBOOST EDGE KEMBALI DENGAN WARNA BAHARU, LEBIH BERANI DAN DINAMIK

Kongsikan artikel ini

Kembali dengan warna baharu yang lebih ikonik, adidas bawakan semula rekaan kasut popular mereka, Hyperboost Edge yang lebih bergaya. 

Jenama sukan global, adidas sekali lagi mencuri perhatian dengan kemunculan semula model kasut popular mereka, Hyperboost Edge. Kali ini, kasut ini tampil dengan suntikan tenaga baharu menerusi rangkaian warna segar yang lebih berani dan moden. Ia sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi pencinta gaya aktif dan streetwear.

Antara warna baharu adidas Hyperboost Edhe yang diperkenalkan termasuk Hyper Blue, Core Black dan Clear Pink.

Setiap satu rekaan ini direka untuk menyerlahkan personaliti berbeza, sama ada untuk gaya sporty yang minimal atau penampilan yang lebih menonjol. Tidak terhenti di situ, edisi kali ini turut menampilkan rekaan yang lebih tajam dan dinamik. Ia memberi nafas baharu kepada siluet Hyperboost Edge yang sedia ikonik.

adidas hyperboost edge

Kasut adidas Hyperboost Edge turut direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif masa kini.  Kasut ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk larian berprestasi tinggi, malah cukup versatil untuk dipadankan dengan gaya harian. Dengan gabungan elemen fungsi dan estetika, kasut ini menjanjikan keselesaan optimum serta penampilan yang effortless. Dari trek larian hingga ke jalanan kota.

Pelancaran terbaharu ini jelas memperlihatkan komitmen adidas dalam terus berinovasi, menghasilkan produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan atlet, tetapi juga relevan dalam dunia fesyen masa kini. Dengan pilihan warna yang lebih segar dan ekspresif, adidas Hyperboost Edge kini menjadi simbol gaya yang berani dan penuh keyakinan.

adidas hyperboost edge

Untuk peminat di Malaysia, koleksi warna baharu ini akan mula tersedia pada 17 April di kedai terpilih adidas termasuk Brand Centre Pavilion KL, Brand Centre Sunway Pyramid dan Home of Sport di The Exchange TRX. Sementara itu, warna Hyper Green pula dijadualkan untuk dilancarkan pada 1 Mei.

Dengan pelancaran ini, Hyperboost Edge bukan sekadar kasut larian, ia adalah pernyataan gaya yang mencerminkan tenaga, pergerakan dan identiti generasi masa kini.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

Bacaan Lanjut
ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS

ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS

Bacaan Lanjut
singlet

5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!

Bacaan Lanjut