KOLEKSI KOLABORASI JENNIE DAN RAY-BAN CETUS PERBUALAN
Jennie dari BLACKPINK hadir dengan koleksi kolaborasi bersama Ray-Ban selepas diumumkan sebagai duta jenama kaca mata bergaya itu.
Lebih daripada sekadar ikon pop, Jennie Kim merupakan satu kuasa budaya global. Dia dikenali sebagai penyanyi, rapper, penulis lagu, pelakon serta ahli kumpulan K-pop terkenal BLACKPINK. Jennie turut berdiri sebagai salah satu artis paling berpengaruh dalam generasinya. Selain bakat luar biasa, Jennie juga diiktiraf kerana gaya fesyennya yang berani dan inovatif. Ini menjadikannya simbol sempurna kepada DNA Ray-Ban yang menitikberatkan ekspresi diri dan kreativiti tanpa batas.
Kini, dalam satu kolaborasi yang selari, Jennie secara rasmi menyertai keluarga Ray-Ban sebagai Duta Global untuk Ray-Ban Meta dan Ray-Ban. Ia merupakan satu peranan yang mencerminkan semangat kreatifnya dalam menggabungkan warisan klasik dengan inovasi teknologi masa hadapan.

“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Ray-Ban, ia terasa begitu natural sejak awal. Bagi saya, keyakinan bukanlah sesuatu yang perlu ditonjolkan secara lantang; ia datang daripada rasa selesa dengan diri sendiri dan mengekspresikan siapa diri kita dengan cara yang sederhana. Ray-Ban mempunyai tenaga yang sama: ringkas, ekspresif dan mudah dipakai setiap hari. Saya sukakan item yang menjadi sebahagian daripada diri dan mood kita, dan kolaborasi ini sangat sesuai,” kata Jennie.
Dalam kempen global pertama yang menyatukan Ray-Ban dan Ray-Ban Meta di bawah satu visi kreatif, visual yang dipersembahkan cukup berani namun minimalis. Sentuhan merah pekat melambangkan identiti pentas Jennie, Jennie Ruby Jane. Manakala ton biru lembut dalam kempen Ray-Ban Meta menonjolkan gabungan fesyen editorial dan teknologi generasi baharu. Hasilnya adalah satu dunia di mana gaya klasik dan inovasi moden bertemu dengan penuh harmoni.
‘Curi’ Gaya Ray-Ban Jennie

RAY-BAN DADDY-O RB2016 601/31
Salah satu pilihan utama Jennie, rekaan ini membawa aura retro 90-an dengan lensa segi empat bulat dan sentuhan metal autentik, memberikan gaya sporty tetapi tetap chic.

RAY-BAN ALIX – RB3781 003/80
Rekaan shield penuh yang membalut wajah ini tampil dengan elemen urban Y2K yang kuat. Dengan temple metal yang sleek, ia sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani.

CERMIN MATA RAY-BAN RB3774D 001/9A
Sebahagian daripada koleksi Asian Design, bingkai metal berinspirasikan vintaj ini hadir dengan lensa rata dan bentuk yang menyerlahkan gaya edgy Jennie, lengkap dengan keselesaan low bridge fit.

RAY-BAN RX3774VD 22993
Rekaan optikal daripada koleksi yang sama, menggabungkan elemen vintaj dengan sentuhan moden, memberikan keseimbangan antara gaya dan keselesaan.

RAY-BAN RX5449D 8464
Bingkai cat-eye feminin dengan sentuhan retro glam ini direka khas untuk mereka yang berani dan yakin, lengkap dengan siluet playful dan ikonik.

DREA RB3783 003/81
Sebahagian daripada koleksi Pulse, rekaan ini menampilkan bentuk cat-eye metal yang halus dengan elemen retro yang effortless.
Dengan kolaborasi ini, Ray-Ban bukan sahaja meraikan gaya, tetapi juga mengajak semua untuk mengekspresikan diri dengan yakin. Sama seperti Jennie yang sentiasa berani menjadi dirinya sendiri.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
RAY-BAN X JEFF SATUR: IKON UNTUK LELAKI MODEN KINI
Ray-Ban x Jeff Satur hadir dengan koleksi kaca mata baharu yang menggabungkan elegan klasik, inovasi dan rekaan khas untuk lelaki moden.
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.











