‘GUEST ARTIST’ YANG MENGEJUTKAN MINGGU KEDUA COACHELLA 2026
Coachella 2026 bawakan barisan guest artist yang meninggalkan impak besar dan bualan hangat dari peminat, hingga ke media sosial.
Festival muzik ikonik dunia, Coachella sekali lagi membuktikan statusnya sebagai pentas paling dinanti. Minggu kedua edisi 2026 kali ini dipenuhi kejutan luar jangka. Bukan sekadar kemunculan nama besar, tetapi setiap guest artist yang tampil membawa momen istimewa. Daripada debut lagu baharu hingga kolaborasi emosional yang terus menjadi perbualan global. Coachella 2026 turut menampilkan barisan penyanyi yang memberi emosi mendalam terhadap peminat seperti BIGBANG dan Justin Bieber.
Antara momen kesukaan peminat ialah kemunculan guest artist yang menambah makna dan kemeriahan acara muzik ini. GLAM Lelaki senaraikan barisan artis yang membuat kejutan di Coachella 2026.
#1 Anyma – Lisa, Joji
Antara set paling mencuri perhatian ialah persembahan futuristik oleh Anyma. Dengan visual digital yang immersive, pentasnya berubah menjadi pengalaman sinematik apabila Lisa muncul secara mengejut untuk mempersembahkan lagu kolaborasi mereka “Bad Angel”. Aura Lisa yang karismatik dipadankan dengan beat techno yang intens mencipta suasana luar biasa. Tidak lama kemudian, Joji pula mengambil alih pentas dengan vokal emosional menerusi lagu “Beautiful”, memberikan kontras yang menyentuh jiwa di tengah set elektronik tersebut.
#2 Justin Bieber – Billie Eilish, SZA, Big Sean
Sementara itu, set Justin Bieber menjadi antara yang paling emosional malam itu. Ketika menyampaikan segmen ikonik “One Less Lonely Girl”, dia menjemput Billie Eilish ke pentas dengan pertolongan isterinya, Hailey Bieber. Momen penuh nostalgia yang menyaksikan Billie sendiri tidak dapat menahan air mata. Persembahan diteruskan dengan kemunculan SZA untuk lagu “Snooze”, membawa vibe R&B yang sensual, sebelum Big Sean menambah elemen hip-hop dengan tenaga yang berbeza. Gabungan ini menjadikan set Bieber sebagai satu perjalanan emosi merentas genre.
@claudiasulewski OUR ONE LESS LONELY GIRL
#3 Sabrina Carpenter – Madonna
Dalam satu lagi momen yang dianggap bersejarah, Sabrina Carpenter mengejutkan penonton apabila membawa legenda pop Madonna ke pentas. Kedua-duanya mempersembahkan lagu klasik seperti “Vogue” dan “Like a Prayer”, selain memberi teaser kepada kolaborasi baharu mereka. Kemunculan Madonna ini bukan sahaja simbolik, malah menjadi titik pertemuan antara dua generasi pop yang berbeza.
#4 Addison Rae – Olivia Rodrigo
Tenaga generasi baharu pula terserlah dalam set Addison Rae apabila Olivia Rodrigo muncul sebagai tetamu istimewa. Mereka bukan sahaja menyanyikan “Headphones On”, malah mempersembahkan lagu baharu “Drop Dead” buat pertama kali secara live. Interaksi spontan dan chemistry mereka menjadikan persembahan ini antara yang paling viral dalam kalangan Gen-Z.
#5 Pink Pantheress – Zara Larsson
Tidak ketinggalan, PinkPantheress membawa vibe pop UK yang segar dan playful. Kemunculan Zara Larsson menambah elemen antarabangsa dalam set tersebut, dengan deretan lagu catchy yang membuatkan penonton terus menari tanpa henti. Zara Larsson mempersembahkan lagu hitnya, Midnight Sun. Tempo pantas dan gaya nostalgic UK garage menjadikan persembahan ini ringan tetapi sangat menghiburkan.
Kesimpulannya, minggu kedua Coachella 2026 bukan sekadar tentang siapa yang muncul di atas pentas, tetapi bagaimana setiap kolaborasi ini mencipta momen yang tidak boleh diulang. Daripada visual futuristik hingga persembahan penuh emosi dan sejarah pop, festival ini sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat pertemuan muzik global, di mana kejutan adalah bahasa utamanya.
Pautan berkaitan: 6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
GL PLAYLIST: DENGAR SEMULA LAGU-LAGU BIGBANG DI COACHELLA 2026
Selepas enam tahun, BIGBANG akhirnya ke Coachella 2026 sebagai salah satu persembahan yang menggegarkan acara muzik terbesar di dunia itu.
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
PERCINTAAN BARRY KEOGHAN & SABRINA CARPENTER PUTUS DI TENGAH JALAN
Baru setahun jagung menjalin hubungan cinta, Barry Keoghan dan Sabrina Carpenter membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.
GOOD VIBES FESTIVAL 2023 BAKAL MENAMPILKAN THE STROKES, THE 1975, DANIEL CAESAR & RAMAI LAGI [UPDATED]
Festival muzik premier tempatan, Good Vibes Festival 2023 kembali dengan meraikan ulang tahun ke-10 bersama barisan pemuzik sensasi dari seluruh dunia.











