Skip to content

APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

Kongsikan artikel ini

Sebagai penghias muka hadapan isu September 2026 GLAM Lelaki, ALPHA turut berkongsi wangian kegemaran mereka. 

Bagi sesetengah lelaki, minyak wangi bukan sekadar pelengkap penampilan sebelum keluar rumah. Ia boleh menjadi identiti, mencerminkan personaliti malah meninggalkan kesan tersendiri kepada mereka yang berada di sekeliling. Ada yang lebih gemarkan wangian segar dan ringan, ada pula yang memilih aroma lebih bold, misteri atau maskulin.

Begitu juga dengan tujuh anggota ALPHA yang masing-masing mempunyai pilihan wangian tersendiri. Daripada jenama popular seperti Tom Ford, Jo Malone London dan Louis Vuitton, hinggalah pilihan yang mungkin lebih niche, setiap wangian yang dipilih hadir dengan karakter serta sebab tersendiri.

Menariknya, pilihan mereka juga cukup berbeza. Ada yang menyifatkan wangian kegemaran sebagai refleksi personaliti, manakala ada yang tertarik dengan kombinasi nota unik dan ketahanan bau. Jadi, wangian seperti apa yang menjadi pilihan penghias muka hadapan isu September 2026 GLAM Lelaki ini?

Ini dia tujuh wangian kegemaran ahli ALPHA yang mereka sendiri pilih dan kongsikan sebab di sebalik pilihan tersebut.

#1 Daniel Sher – Tamburins Perfume Bottari

Untuk Daniel Sher, Tamburins Perfume Bottari menjadi pilihan kerana gabungan aromanya yang menyegarkan, lembut dan mempunyai karakter tersendiri. Menurut Daniel, dia tertarik dengan kombinasi Akigalawood, soft moss, mushroom accent dan amber musk yang menghasilkan aroma unik tetapi tetap sesuai dengan personalitinya. “Saya suka bau Akigalawood yang menyegarkan, soft moss dan mushroom accent serta amber musk. Saya seorang yang warm, jadi perfume ini sesuai dengan personaliti saya.”

Pilihan Daniel membuktikan bahawa wangian yang mempunyai karakter tidak semestinya perlu terlalu kuat. Sebaliknya, gabungan nota yang lebih lembut dan earthy boleh menghasilkan identiti bau yang cukup tersendiri.

#2 Izat Ibrahim – Jo Malone Nectarine Blossom & Honey

Jika ada satu wangian yang cukup sinonim dengan vibe sweet, fresh dan youthful, pilihan Izat Ibrahim mungkin jawapannya.

Izat memilih Jo Malone London Nectarine Blossom & Honey, wangian yang memberikan karakter ringan, manis dan effortless. Ketika ditanya mengenai vibe wangian pilihannya, Izat menggambarkannya dengan beberapa perkataan yang cukup tepat. “Manis, segar, cantik, youthful and effortless.” Ringkas tetapi cukup menggambarkan sebab wangian ini menjadi pilihan Izat — sesuai untuk lelaki yang mahukan aroma segar dan manis tanpa kelihatan terlalu mencuba.

#3 Rizal Rasid – Diptyque Orpheone

Bagi Rizal Rasid pula, pilihan wangian perlu mempunyai keseimbangan antara floral dan maskulin. Sebab itu Diptyque Orphéon menjadi pilihannya. Menurut Rizal, wangian ini mempunyai aroma yang seakan-akan floral tetapi tidak terlalu feminin. Dalam masa yang sama, ia masih memberikan rasa menyegarkan dengan sentuhan musky yang menjadikannya sesuai dipakai setiap hari. “Bau dia seakan-akan floral tapi tidak terlalu feminin. Ia refreshing tetapi manly dan musky pada masa yang sama, sesuai untuk everyday use.”

Boleh dikatakan pilihan Rizal berada di tengah-tengah antara soft dan masculine. Ini menjadikannya pilihan versatile untuk kegunaan harian.

#4 Ariel Fesol – Tom Ford Tuscan Leather

Kalau anda mencari wangian yang lebih bold, mewah dan misteri, pilihan Ariel Fesol mungkin cukup menggambarkan karakter tersebut.

Ariel memilih Tom Ford Tuscan Leather, wangian yang menurutnya mempunyai aura tersendiri dan mampu menjadi statement tanpa perlu terlalu menonjol. “Sebab baunya bold, mewah dan misteri. Ia jenis wangian yang terasa seperti satu statement tanpa perlu berkata terlalu banyak.” Pilihan ini cukup sesuai untuk lelaki yang gemarkan aroma dengan kehadiran yang kuat. Tidak perlu terlalu banyak aksesori atau gaya berlebihan. Biarkan wangian memainkan peranan sendiri.

#5 Ray-D – Louis Vuitton AMBR LEVANT

Untuk Ray-D, pilihan wangian pula jatuh kepada Louis Vuitton AMBRE LEVANT. Apa yang membuatkan wangian ini berjaya mencuri hatinya adalah gabungan aroma yang cukup unik serta ketahanannya. Ray-D tertarik dengan kombinasi oud dan rose, dua nota yang memberikan karakter tersendiri kepada wangian tersebut. “Bagi saya, ia mempunyai campuran bau antara oud dan mawar dan ketahanannya sangat lama. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta dengan perfume ini.”

Gabungan oud dan rose memberikan aroma yang lebih kaya serta berkarakter, sementara ketahanan yang lama menjadikannya pilihan yang mudah untuk difahami. Sekali sembur, mahu kekal sepanjang hari.

#6 Araff – Afnan 9PM

Bagi Araff, wangian kegemaran tidak perlu terlalu kompleks. Yang penting, baunya segar, manis dan memberikan aura seorang gentleman. Pilihannya, Afnan 9PM, memenuhi ketiga-tiga kriteria tersebut. “Bau yang segar, manis & gentlemen.”

Pendek tetapi jelas. Pilihan Araff adalah untuk lelaki yang mahukan wangian dengan karakter segar dan manis, namun masih mengekalkan sisi maskulin serta kemas.

#7 Afiq Sky – BVLGARI Rain Essence

Menutup senarai tujuh wangian pilihan ahli ALPHA ialah Bvlgari Man Rain Essence, pilihan ahli termuda ALPHA, Afiq Sky. Apa yang membuatkan Afiq tertarik dengan wangian ini adalah aromanya yang dirasakan cukup unik dan berbeza daripada wangian lain yang pernah ditemuinya. “Baunya unik dan saya tidak pernah jumpa bau seperti ini. Unik, mewah dan lembut, namun masih manly.”

Bagi Afiq, gabungan elemen soft dan maskulin itulah yang menjadikan wangian ini menarik. Ia mempunyai sisi mewah tanpa terlalu berat, sekali gus memberikan karakter yang lebih moden dan sophisticated.

Daripada aroma yang segar dan manis hinggalah pilihan yang lebih bold, musky dan misteri, ternyata cita rasa wangian tujuh ahli ALPHA cukup berbeza. Namun, setiap pilihan seakan-akan mempunyai satu persamaan, mewakili karakter masing-masing. Jadi, kalau anda tertanya-tanya “ALPHA bau macam apa?”, mungkin tujuh wangian inilah jawapannya.

Pautan berkaitan: 5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
ALPHA

5 LAGU ALPHA MESTI TAHU SEMPENA DEBUT ALBUM PERTAMA ALPHA JUN INI!

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut
sepi cal g

QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”

Bacaan Lanjut