GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Personality Name
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
Rapper utama ALPHA, Ariel Fesol.
“Cabaran terbesar ALPHA adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kami tidak cuba untuk menjadi siapa-siapa."
“Selagi orang bagi peluang, selagi itu kami akan terus mencipta. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.”
ALPHA buat GLAM Lelaki September 2026 Volume 4.
“Yang penting, buat yang terbaik dan terus berusaha. Jadi atau tidak, Tuhan yang menentukan. In God’s time.”
Sejak awal kemunculan, ALPHA tidak pernah gagal mencuri tumpuan peminat seni. Mereka menampilkan identiti muzik pop moden yang digabungkan dengan pengaruh global. Setiap tujuh ahli mempunyai karisma tersendiri yang mencuri hati para peminat yang juga dikenali sebagai ALPHANites.
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN
Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan Jelevan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.


