Skip to content

AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, viral di media sosial perbincangan tentang livestream Ameera Khan yang berbicara tentang hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.

Nama Ameera Khan dan Jefri Nichol mencipta sensasi di media sosial apabila mereka membuka bicara tentang hubungan yang hampir setahun sudah berputusan.

Mega-influencer dan pelakon itu mula mendedahkan hubungan mereka pada hujung tahun 2023. Semenjak itu, mereka sering dilihat bersama, daripada malam romantis hinggalah acara fesyen berprestij. Bagi yang mengikuti garis masa hubungan tersebut, sudah tentu akan tahu tentang sifat mereka yang tidak pernah segan berkongsi momen mesra di media sosial, termasuklah tempoh panggilan telefon yang berjam-jam lamanya. Hubungan mereka juga dianggap lebih serius setelah Jefri dilihat mengunjung kediaman Ameera untuk beramah mesra bersama ibu bapanya.

Dahulunya dianggap power couple, ternyata hubungan mereka terputus jua apabila mereka berhenti mengikuti satu sama lain di akaun Instagram pada November tahun lalu. Ameera, persona yang dikenali dengan gaya estetik serta penampilan rapinya di media sosial, juga memadam suntingan dirinya bersama Jefri.

 

Sekufu dalam hubungan

Menerusi 10 minit klip livestream Ameera Khan beberapa hari lalu, pempengaruh 26 tahun itu berkongsi tentang masalah yang dihadapi ketika hubungannya yang lalu bersama Jefri. Antara isu yang disentuhi termasuklah sikap Jefri yang sering mendekati gadis lain melalui media sosial, Ameera sering membayar bil ketika temu janji, dan Jefri menggunakan kad kredit Ameera ketika membeli-belah.

Pun begitu, Jefri menepis keras dakwaan menerusi platform Threadsnya. Bilangnya, dia menggunakan kad kredit Ameera terlebih dahulu dan menggantinya menggunakan seutas gelang Van Cleef. Namun mencurah minyak kedalam api, Ameera mengukuhkan pendiriannya dengan menafikan pernah mendapat gelang tersebut.

Ameera Khan Jefri Nichol

 

Daripada toleransi kepada benci

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Disebalik cerita tentang seutas gelang, terselit masalah-masalah hubungan yang tidak pernah diselesaikan. Jelas terbukti, isu yang mendasari perkara ini bukanlah tentang materialistik, namun tentang fasa peralihan daripada toleransi kepada resentment. Teras hubungan terbentuk melalui perasaan saling memahami dan saling memaafi. Namun, apabila batas sentiasa dilampau, mulalah termakan hati. Rasa terkilan tidak muncul secara tiba-tiba. Seringkali, perasannya tumbuh secara senyap, dari semasa ke semasa, melalui saat-saat yang terasa kecil secara berasingan namun berat bila terkumpul.

Kadangkala, bukan satu peristiwa besar yang menamatkan sesuatu hubungan, tetapi himpunan perkara yang tidak ditangani. Sekufu bukanlah hanya terletak pada kewangan semata. Pemikiran, gaya hidup, dan nilai turut memainkan peranan dalam menentukan keserasian sesebuah hubungan.
Artikel berkaitan: APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut

AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA

Bacaan Lanjut

JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN

Bacaan Lanjut

ADA APA DENGAN JEFRI NICHOL?

Bacaan Lanjut

KENALI JEFRI NICHOL, JEJAKA MINANG KACAK CIPTA NAMA DI INDONESIA

Bacaan Lanjut