ADA APA DENGAN JEFRI NICHOL?
Satu Malaysia bercakap mengenai kelibat Aktor Indonesia Jefri Nichol dan kekasihnya, Ameera Khan di majlis fesyen Dior yang berlangsung di The Gardens, Kuala Lumpur. Aksi mesra berpegangan tangan sepanjang majlis berlangsung turut mengundang pujian dan tidak kurang juga komentar yang kurang senang! GLAM Lelaki bariskan #7 fakta yang anda perlu tahu mengenai pelakon berusia 26 tahun ini.

#1 Latar Belakang Keluarga
Jefri Nichol merupakan putra dari pengusaha bernama John Hendri yang memiliki perusahaan di ITC Ambassador, Jakarta. Setelah lulus SMP, Jefri Nichol sempat memasuki sebuah sekolah menengah kejuruan dan mengambil jurusan ilmu teknologi, tetapi kerana terhalang dengan jadual rakaman yang padat, Jefri Nichol memutuskan untuk sekolah di rumah.

#2 Pemenang Anugerah Pelakon Pendatang Baru Terpilih
Jefri telah tercalon dalam Festival Filem Bandung 2017 dan juga memenangi Anugerah Pelakon Pendatang Baru Terpilih menerusi Dear Nathan – Majlis Piala Maya 2017. Aktor ini kini masih aktif berlakon beberapa judul sinetron lokal Indonesia.

#3 Kisah Romantis
Nama Jefri Nichol mula dikenali apabila dia terpalit dengan desas -desus menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh Ameera Khan yang juga adik kepada Neelofa. Sejak kandungan paparan menyambut hari lahir bersama-sama, pasangan ini terus berada di carta teratas radar media hiburan, fesyen dan portal online.

#4 Magnet Kontroversi
Sejak kisah percintaan pasangan sejoli ini tersebar, media mula mengungah kisah hitam yang terpalit pada aktor ini. Jefri adalah seorang muslim dan tidak segan mengakui bahawa dia menikmati semua jenis makanan termasuk daging yang diharamkan oleh agama Islam iaitu daging babi. Tak terhenti disitu, dia juga terpalit dengan kisah pernah pernah meniduri lebih daripada 20 wanita, bercumbu dengan lelaki Bernama Rizal Rahmansyah, yang juga teman akrab Jefri.

#5 Bertinju Dengan Hates
Akibat geram dengan tindakan penggunan akaun X, pada 2022, Jefri Nichol mengejutkan dengan mengajak pengguna X @keanupahlevi untuk duel tinju. Tantangan itu dilempar sang aktor setelah sang hater mengunggah link film bajakan Jakarta vs Everybody yang dibintanginya. Kesal dengan perkara itu, Jefri berangkat dari Jakarta menuju Bandung untuk menemui Keanu. Duel tinju tersebut berakhir dengan kemenangan Jefri setelah berhasil mengalahkan Keanu dalam tiga round knockout.

#6 Ancaman Penyebaran Data Peribadi
Kontroversi Jefri Nichol lain adalah saat dia mengunggah data peribadi warganet bernama Salma Eka Fitri di media sosial, pada awal tahun 2023. Netizen itu merasa terancam dan bertindak untuk melaporkan ke pihak berkuasa dan akibat tekanan itu, Jefri akhirnya menghapus unggahannya dan meminta maaf. Ia mengakui, salah mengira Salma sebagai orang yang telah menghina dirinya.

#8 Tidak Malu Menyarungkan Pakaian Genderless
Serta berekperimen dengan pakaian yang menjolokan mata rekaan pereka Indonesia Harry Halim disaat hadir ke majlis di Kota Jakarta.
Pautan berkaitan: Kenali Jefri Nichol, Jejaka Minang Kacak cipta Nama di Indonesia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
DIOR BOLT SIMBOL KEANGGUNAN MODEN DALAM KOLEKSI BEG WINTER 2026-2027
Mendefinisikan semula gaya aksesori kontemporari, Dior memperkenalkan koleksi Dior Bolt bagi musim Winter 2026-2027 oleh Jonathan Anderson.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











