Skip to content

SAKTI GODAAN AIN EDRUCE

Kongsikan artikel ini

Namanya menitip dari bibir ke bibir orang ramai. Bukan saja lelaki malah perempuan juga menggilai ain edruce. Lakonannya menerusi drama Kekasih Paksa Rela, nyata membuka pintu demi pintu rezeki di dalam lapangan hiburan tanah air. Dia jelita. Dia menawan. Lagi periang orangnya. Mula menapak sebagai model juga hos tv, kini bergelar seorang aktres. Apa lagi yang mahu dikecapinya? All eyes on her, meet fashion’s new it girl!

Tanggal 30 Disember yang lalu, sementara orang ramai sedang sibuk merancang liburan sempena ambang tahun baru. Team GL pula bertungkus-lumus mencitrakan lembaran untuk ditatap bulan Februari yang mana merupakan isu istimewa buat GL. Menghiaskan muka hadapan dengan menjulang wanita, GL mahu mendedikasikan perjuangan untuk kesetaraan hak perempuan sejak isu Februari tahun 2013 lagi. Mengundang Nabila Huda, dia adalah wanita pertama yang dijadikan wajah hadapan edisi Februari majalah bervisi Gaya Lelaki Alfa Masa Kini ini.

Mula seawal jam 10.30 pagi, penggambaran usai sekitar lewat petang. Hampir sehari suntuk Ain Edruce bersama kami di studio. Duduk bersembang dengannya, banyak isu yang dikupas terus setiap baris ayat yang terpacul dari bibirnya disulami dengan hilai tawa.

WANITA VERSATIL

Bagi yang tidak mengenali wanita ini, she has a bright and bubbly personality. Aku berkesempatan untuk mengenalinya hujung tahun 2016 untuk lembaran fesyen pengantin bagi edisi ketiga GLAM Weddings. Sejak itu aku mengikuti perkembangannya. Dari menjadi model ke mengacara TV, kini dia terjun ke bidang lakonan pula. Suara garau Ain dengan berpunya rupa paras menawan serta susuk tubuh yang terjaga. Tidak hairanlah mengapa dia berani membuat keputusan untuk menjadi hos TV. Disapa menerusi laman sosial oleh Homegrown Productions, Ain membina permulaan langkahnya mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Kemudian, mengacarakan rancangan kapsul hiburan MBuzz di TV3 yang membentuk identiti dirinya sendiri di persada pengacaraan tanah air. Persoalannya adakah wanita ini mahu dikenali hanya sebagai hos TV?

“Saya mahu melakukan segala-galanya demi mengekalkan kedudukan, kualiti serta kerelevanan saya sebagai anak seni. Kalau itu caranya untuk survive dalam lapangan ini mengapa tidak untuk berjinak dan cuba untuk jatuh cinta dengannya? Saya mahu dikenali sebagai Ain Edruce, anak seni yang versatil dalam mengendalikan apa jua projek. Itu matlamat utama saya,” ujar Ain kelahiran Terengganu ini. Usai saja penggambaran aku ambil peluang untuk duduk dengan Ain, mewawancaranya kerana khuatir dia sibuk bersempena tahun baru.

Ain berhoroskop Leo, tahun ini dia bakal melangkah ke usia 28 tahun tanggal 4 Ogos. Ain yang aku kenal dulu masih orang yang sama. Namun, aku tidak mengenalinya lebih mendalam kerana projek terdahulu tidak melibatkan penulisan. “Waktu menuntut di UiTM lagi, Ain sudah mula berjinak dalam dunia peragaan kerana percaya diri Ain berpunya ketinggian yang ideal untuk menjadi peragawati. Juga kerana punya persekitaran pergaulan yang tergolong daripada pelajar seni reka fesyen. Dari situlah Ain mula bekerja sambil belajar,” jelas wanita muda berketinggian 171 cm ini berkongsi pengalaman diri.

“Ain memilih untuk menekuni jurusan muzik kerana terpengaruh dengan ayah yang punya jiwa seni. Ayah adalah seorang arkitek. Ia membuka pintu hati Ain untuk menekuni apa jua bidang yang berkaitan dengan seni secara umumnya. Lagipun tiada siapa dalam famili Ain yang mendukung seni sebagai profesyen. Seorang peguam, seorang lagi menimba ilmu perakaunan. Maka, Ain memasang niat untuk meneruskan legasi serta aliran seni yang ada pada ayah. Saya bermula dengan pengetahuan muzik yang tidaklah tinggi, boleh kata kosong. Ain menekuni gitar klasik sebagai pengkhususan utama. Namun, pada awalnya Ain berhasrat untuk mempelajari gitar elektrik sebagai main major. Tetapi atas saranan pensyarah, saya perlu mengambil gitar klasikal kerana itu adalah instrumen asas. Lama kelamaan, cinta saya akan gitar klasikal pun bercambah. Lanjutan dari itu, saya mengambil kata putus untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.” Jelas pemegang Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik ini.

Untuk bacaan lanjut dapatkan isu Februari 2019 yang kini sudah berada di pasaran.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut