Skip to content

CHRIS HEMSWORTH LANCARKAN APLIKASI KECERGASAN ‘CENTRFIT’

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali pelakon dari Australia, Chris Hemsworth yang popular menerusi filem Marvel, Thor. Selain dari bakat natural lakonanya, personalitinya turut menjadi kegilaan apatah lagi dikurniakan dengan susuk tubuh menawan. Manakan tidak, Chris sememangnya dikenali sebagai seorang aktor yang cukup konsisten dalam menjaga penampilan diri dimana beliau seringkali berkongsi rutin dan tip kecergasan bersama pengikutnya di Instagram yang kini sudah mencecah 24 juta pengikut. Dan baru-baru ini, Chris mengumumkan pelancaran sebuah aplikasi kecergasan hasil ideanya yang diberinama @CentrFit.

“Matlamat saya adalah untuk membina sebuah program yang boleh mengalakkan orang ramai untuk terus bersenam, makan dan hidup dengan lebih baik. @CentrFit memberikan anda akses kepada pasukan pakar bertaraf dunia yang hebat dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan. Saya cukup bertuah dapat belajar dari masa ke masa, malah memberikan inspirasi kepada saya untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia”, jelas Chris dalam satu posting di laman Instagramnya.

Antara mereka yang terlibat dalam aplikasi ini adalah jurulatih Ops Khas, Joseph Sakoda AKA “Da Rulk”, jurulatih kecergasan Hollywood, Gunnar Peterson, penasihat podcast Plant Proof, Simon Hill, jurulatih peribadi Hemsworth Luke Zocchi, juara bina badan Torre Washington, jurulatih yoga Tahl Rinsky, dan chef Dan Churchill.

Foto: https://centr.com/join-us

Tersedia di seluruh dunia mulai bulan Februari 2019, aplikasi ini juga menawarkan pelbagai latihan harian, plan diet, koleksi resipi, demo memasak dan panduan meditasi. Harga aplikasi ini adalah $20 selama satu bulan, $47,99 selama tiga bulan dan $119,99 selama setahun. Anda boleh layari laman sesawang ini untuk maklu,mat lanjut https://centr.com/join-us.

https://www.instagram.com/p/Bs9tYpnHynk/?utm_source=ig_embed

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Februari 2019

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut