Skip to content

INI SEBAB LELAKI SERING MEMASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR

Kongsikan artikel ini

Mengapa lelaki sering memasukkan tangan ke dalam poket seluar? 

Anda seorang lelaki? Perasan atau tidak, anda sering kali memasukkan tangan ke dalam poket seluar, terutama sekali sewaktu sedang berjalan, bersantai, bersama si dia, di tempat awam mahupun ketika sedang tidur.

Walaupun lagak ini tampak biasa dan tiada apa yang peliknya, namun berdasarkan kajian ada 3 alasan utama. GLAM Lelaki kongsikan beberapa sebab mengapa lelaki sering masukkan tangan ke dalam seluar.

 

INI SEBAB LELAKI SERING MEMASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR

1. MELINDUNGI ORGAN SULIT 

Terkejut dengan alasan ini? Kenapa tidak? Ya, meletakkan tangan berdekatan dengan organ sulit merupakan tindak balas naluri seorang lelaki untuk melindunginya dari bahaya. Ini berdasarkan kenyataan seorang penulis, Vanessa Van Edwards dalam buku Human Lie Detection and Body Language 101: Your Guide to Reading People’s Nonverbal Behavior mengatakan, saat memasukan tangan ke dalam poket celana, lelaki akan lebih rasa nyaman, tenang dan aman.

Jelasnya, “Lelaki menganggap tangan sebagai salah satu aset perlindungan utama, dan alat sulit pula adalah antara organ paling sensitif dan lelaki akan cuba sehabis baik untuk melindunginya”.

 

2. ANTI TEKANAN

Pada saat kita sedang tegang mahupun dilanda tekanan, menggosok peha, perut atau bahagian tubuh lain (tanpa tujuan erotik) dapat merangsang pelepasan hormon oksitosin atau antistress bagi meredakan rasa gentar, cuak dan ketakutan.

Itu sebabnya mengapa lelaki akan lebih tenang jika tangan mereka disembunyikan di dalam poket seluar. Van Edwards juga menyarankan jika anda mengalami gugup, cubalah menyentuh tapak tangan dengan jemari atau leher punggung untuk mengurangkan rasa tersebut.

 

3. DOMINASI

Menurut kajian Dr Kominiarek dari  Alpha Male Medical Institute, memasukkan tangan ke dalam poket seluar adalah simbol kekuatan tanpa perlu berlebihan. Ia seakan satu signal kepada lelaki lain yang anda kini sedang mendominasi, sama konsepnya dengan tangan bersilang di dada. Anda akan tampak kuat dan tidak gentar.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Oktober 2017

 

Baca lebih lanjut: 4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut