SCOTT RAIS & 1926 MONTBLANC HERITAGE
Mahu kekal bergaya tatkala mengembara? Berilhamkan gaya hidup si kelana urban, koleksi aksesori terbaru daripada Montblanc, yakni 1926 Montblanc Heritage, mengetengahkan fabrik kulit yang dirawat secara organik, melalui satu proses tanning kuno antara yang tertua di dunia.
Mesra alam dan stylish, koleksi ini sebati dengan jiwa juruterbang muda, Scott Rais. Berdarah kacukan Malaysia dan Scottish, pengembara berusia 25 tahun ini juga merupakan pengamal diet vegan, yakni diet berasaskan tumbuhan di mana dirinya tidak mengambil sebarang produk haiwan.
Pernah mengembara ke 17 buah negara dalam masa sebulan, Scott menitikberatkan aksesori yang functional dan punya stail berkarakter sebagai peneman eksplorasinya.

Scott Rais tampil segak dengan beg galas 1926 Montblanc Heritage
Peneman Si Pengembara
Cukup halus dan rumit, proses tanning koleksi ini membangkitkan lagi seri tekstur dan aroma natural kulit itu. Menggunakan tanin sayuran yang diekstrakkan daripada kulit kayu dan tisu tumbuhan untuk mengekalkan warna semulajadi kulit dengan tona ira kulitnya yang distingtif. Istimewa lagi, warna kulit setiap aksesori ini akan berubah dengan peredaran masa, menaikkan lagi aura vintaj pada aksesori si pemakai.
Seleksi 1926 Montblanc Heritage ini termasuk beg bimbit single gusset, beg silang messenger, beg sandang duffel serta aksesori kecil seperti pemegang pasport, beg duit dan beberapa lagi item lain yang kini boleh didapati di setiap cawangan butik Montblanc. Untuk sentuhan personal, Montblanc turut menyediakan servis cetakan timbul tanda nama (initials) pada dompet, beg atau aksesori kulit Montblanc yang lain. Anda boleh menentukan sehingga 4 huruf timbul dalam pilihan lapisan emas, perak atau cetakan tembus pada kulit.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











