Skip to content

GLAM LELAKI MENAMPILKAN EDISI ROYALTI UNTUK ALPHAMEN 2018

Kongsikan artikel ini

Biarpun sering dikaitkan dengan glamor serba mewah, berkongsi rezeki bersama rakyat jelata sudah sinonim dengan kerabat diraja. Menghulurkan bantuan ikhlas tanpa mengharapkan balasan sudah tertanam dalam ruangan hati sejak kecil lagi. Kini memperkukuhkan yayasan tersendiri, para putera ini bersifat dermawan, saling tidak tumpah seperti ibunda serta ayahanda yang merendah diri, juga senang didekati. GLAM Lelaki meraikan tujuh jejaka berketurunan diraja yang wajar dicontohi istimewa untuk edisi eksklusif Alphamen 2018.

1. YM TUNKU KHAIRUL ZAIM BIN TUNKU NAQUIYUDDIN

KARAKTER YANG TERDAPAT PADA Y.M. TUNKU KHAIRUL ZAIM ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ‘KUYIM’ DI KALANGAN TEMAN CUKUP SEMPURNA MENGERTIKAN LELAKI ALFA. PERSONALITINYA YANG SERBA POSITIF, KAYA SENYUMAN, CERMAT KALA BERTUTUR NAMUN TEGAS SERTA PUNYA CITA RASA FESYEN TERSENDIRI. ANAK KEPADA PASANGAN YANG PALING BERPENGARUH, TUNKU NAQUIYUDDIN DAN TUNKU NURUL HAYATI INI MEMILIKI PEGANGAN DAN PENDIRIAN TEGUH SEORANG LELAKI. DIKIRA SEMPURNA SERBA-SERBI MUNGKIN BUAT LELAKI, TERLIHAT HEBAT PADA SESIAPA PUN. NAMUN KESEMPURNAAN TERSEBUT TIDAK AKAN WUJUD TANPA DIDIKAN DAN PENGALAMAN YANG DIKUTIP SEPANJANG KEHIDUPANNYA.

2. YM TENGKU ARIF FAHAD YAM TENGKU IBRAHIM IBNI SULTAN ABU BAKAR

TENGKU ARIF FAHAD, ANAK KESEMBILAN DARIPADA EMPAT BELAS ADIK-BERADIK, MERUPAKAN GRADUAN DALAM JURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI KREATIF LIMKOKWING, CYBERJAYA. DILAHIRKAN DI DALAM KELUARGABESAR YANG GEMARKAN AKTIVITI SUKAN DAN RIADAH, KATA TENGKU FAHAD RUMAHNYA TIDAK PERNAHBERASA KOSONG OLEH KERANABILANGAN ADIK BERADIKNYA YANG RAMAI. PUTERA KEPADA ALMARHUM TENGKU IBRAHIM IBNI SULTAN ABU BAKAR INI SEORANG YANG CERIA, PERAMAH DAN TIDAK LOKEK DENGAN SENYUMAN DI RAUT WAJAH YANG TAMPAN.

YM TENGKU ARIF FAHAD YAM TENGKU IBRAHIM IBNI SULTAN ABU BAKAR (kiri) dan YM TUNKU KHAIRUL ZAIM BIN TUNKU NAQUIYUDDIN (kanan)

 

3. YM MUHAMMAD FAEZ BIN TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB

MUHAMMAD FAEZ MERUPAKAN PUTERA BONGSU KEPADA TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB YANG MERUPAKAN BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR KE-11  DAN IBUNYA YAM DATO’ SERI TENGKU PUTERI ZAHARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ YANG LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA KU YAH. SUAMI KEPADA AN-NUURA NASUHA RASNATRAZIA INI MEMPUNYAI MINAT DALAM BIDANG POLITIK SERTA PERNIAGAAN DAN MEMILIKI IJAZAH DALAM JURUSAN PERDAGANGAN DARI  UNIVERSITI TERNAMA DI MELBOURNE, AUSTRALIA.

4. YM TUNKU NASRUAN ADIL BIN TUNKU MUDZAFFAR

ANAKANDA BONGSU KEPADA PASANGAN YM TUNKU KECIL BESAR TUNKU DATUK MUDZAFFAR MERANGKAP PENGERUSI PERSATUAN AUTOMOBIL MALAYSIA (AAM) BERSAMA PUTERI SULUNG DYMM ALMARHUM TUANKU JA’AFAR YAKNI YAM TUNKU DARA TUNKU TAN SRI NAQUIAH INI LEBIH MESRA DIKENALI DENGAN NAMA TIMANGANNYA, TUNKU EDDY. MENEKUNI JURUSAN ARKEOLOGI MESIR DI UNIVERSITY COLLEGE LONDON (UCL), TUNKU EDDY CINTAKAN SEJARAH LANTAS GEMAR MELEWATI TAPAK DAN LOKASI PURBA. JEJAKA INI JUGA ADALAH GRADUAN SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DI UNIVERSITY OF NOTTINGHAM. DI MANA TOKANDANYA, DYMM ALMARHUM TUANKU JA’AFAR, SERTA PAKCIK, YAM TUNKU TAN SRI DATO ‘SERI IMRAN DAN ABANGNYA YM TUNKU DANNY NASAIFUDDIN MERUPAKAN ALUMNI DARI UNIVERSITI YANG SAMA.

YM MUHAMMAD FAEZ BIN TAN SRI MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB (kiri) dan YM TUNKU NASRUAN ADIL BIN TUNKU MUDZAFFAR (kanan)

 

5. YM TUN PUTERA ABDUL MUBIN SHAH BIN DATO’ INDERA

SELESA DISAPA SEBAGAI MUBIN, PEMUDA INI ADALAH ANAKANDA BONGSU KEPADA PUTERI KEDUA SULTAN PAHANG, YAM TENGKU PUTERI SERI TEJA PAHANG HAJAH TENGKU MUHAINI BINTI SULTAN HAJI AHMAD SHAH. BARU SAJA MENGIKAT TALI PERNIKAHAN BERSAMA ISTERI, SASKIA NATRAH SCHWARZ PADA OGOS LALU, MUBIN SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANGKAH KE ALAM RUMAH TANGGA DAN TERUS MELENGKAPI KEHIDUPAN ANTARA SATU SAMA LAIN. BAGINYA, KELUARGA DAN ASAL USUL BUKANLAH ALASAN UNTUK BERMEGAH DIRI.

YM TUN PUTERA ABDUL MUBIN SHAH BIN DATO’ INDERA

 

6. YM RAJA YUSUF JAMALULLAI RAJA MUFIK AFFANDI RAJA KHALID

MENYIFATKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG LELAKI YANG RINGKAS, RAJA YUSUF ADALAH PUTERA KERABAT DIRAJA PERAK DAN MERUPAKAN ANAK KEDUA DARIPADA EMPAT ADIK-BERADIK SERTA MEMILIKI IJAZAH SARJANA JURUSAN MSC IN PROFESSIONAL ACCOUNTANCY WITH DISTINCTION DARI UNIVERSITY OF LONDON. MEMILIH MUZIK SEBAGAI SALURAN UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG, INSTRUMEN PILIHANNYA ADALAH GITAR DAN PIANO MANAKALA MENYENTUH MENGENAI MINATNYA DALAM SUKAN, BELIAU CENDERUNG KEPADA SUKAN SEPERTI GOLF, BOLA KERANJANG JUGA FUTSAL.

 

7. YM TENGKU UZZAAM UZZAIRI BIN TENGKU DATO’ SRI UZIR

DILAHIRKAN DALAM KELUARGAKERABAT DIRAJA PAHANG, BELIAU BERJIWA MULIA TIDAK MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL JUSTERU TIDAK GENTAR MENDIRIKAN SEBUAH LOKASI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU INDIVIDU MENANGANI ISU PERIBADI YANG DIRASAKAN SUKAR UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA KENALAN DAN KELUARGA. DINAMAKAN SEBAGAI ASTUTE, IA DIHARAP DAPAT MEMBANTU INSAN YANG MENDAPATKAN KHIDMAT DI SINI KEMBALI MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI INDIVIDU LAIN DI DALAM MASYARAKAT. TIDAK TERHENTI DI SITU, TENGKU UZZAAM TURUT SENANG MENDEKATKAN DIRI MEMBANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK SEMEMANGNYA MEMBANGKITKAN LAGI SIFAT KEBAPAANNYA TERHADAP PUTERA BELIAU IAITU TENGKU UMAR XANDER SHAH, DUA TAHUN.

YM RAJA YUSUF JAMALULLAI RAJA MUFIK AFFANDI RAJA KHALID (kanan) dan YM TENGKU UZZAAM UZZAIRI BIN TENGKU DATO’ SRI UZIR (kiri)