Skip to content

DEKAD BARU COACH

Kongsikan artikel ini

COACH MEMBUKA LEMBARAN BARU DENGAN PENAMPILAN JENNIFER LOPEZ DAN MICHAEL B. JORDAN SEBAGAI PENGHIAS KEMPEN MUSIM BUNGA 2020. MENAMPUK KREATIVITI JURUGAMBAR JUERGEN TELLER, OPTIMISTIK DAN SEMANGAT MUSIM BARU DITERJEMAH SEMPURNA MELALUI KEPERIBADIAN SERTA KISAH KEINDIVIDUAN DUA BINTANG TERNAMA TERSEBUT. COACH RAIKAN ‘WHAT IS COOL NOW!’

 

Satu kelainan dedikasi musim ini, yang mana wajah-wajah senior yakni Jennifer Lopez dan Michael B. Jordan terpilih untuk menghiasi kempen fesyen Coach musim bunga 2020. Pabila umumnya Jennifer Lopez untuk Coach, imej ‘teaser’ kempen terus ‘trending’ dan hangat diperkatakan di kalangan pengikut-pengikut fesyen.

Melangkah ke dekad baru, Coach menjunjung tema ‘Originals Go Their Own Way’ yang menyingkap pelbagai kisah dan merayakan imej keindividuan wajah baru kempen. Konsep kempen mengikut kehendak jurugambar Juergen Teller, yang turut bekerjasama dengan Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers dari aspek mengazamkan energi Amerikana Coach.

 

 

Penggambaran kempen bertempat di sekitar kota New York, yang merupakan tempat asal jenama Coach sejak 1941. Antara tempat yang terpilih ialah Edge at Hudson Yards dan the High Line, yang juga lokasi di mana berlangsungnya pementasan Coach musim bunga 2020 yang lalu.

Imej kempen turut memuatkan karya seni berjudul “Brick House” oleh Simone Leigh, ditempatkan sebagai latar belakang yang menampilkan Jennifer Lopez lengkap berkot trench dan menggalas tas tangan mini Coach. Menonjolkan elemen seni dalam fesyen yang meniupkan semangat seni yang sekian lama menjadi taruhan Coach saban musim.

Stuart Vevers ada meluahkan perasaannya dapat bekerjasama dengan Juergen Teller. Menurutnya, “Saya berpuas hati mendapatkan Juergen Teller untuk menangkap imej kempen Coach untuk musim ini. Juergen berupaya menghasilkan visual yang mampu menyemarakkan kesemua gambaran saya. Dan menjadikannya realiti. Visi saya tercapai. Tambahan lagi, penyampaian cerita-cerita Jennifer Lopez dan Michael B. Jordan dilakukan dengan sempurna berteraskan keunikkan dan keaslian tersendiri.”

 

Michael B. Jordan pula mengatakan dia sangat bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Coach. Penyampaian mesej dalam tiap imej kempen yang mengukuhkan ‘originality’ cara Coach. “Saya dapat merasai pengalaman yang baik sepanjang bekerjasama dengan Stuart dan Juergen. Mereka berjaya menyampaikan cerita saya dalam cara yang segar juga berkuasa.”

Khas kempen “Originals Go Their Own Way”, Coach memfokuskan aksesori baru seperti rangkaian beg Hutton, the Rambler dan beg galas lelaki seperti Pacer Backpack dan Belt Bag. Termasuklah koleksi ‘ready to wear’ yang menampilkan kulit sebagai elemen utama, membiaskan identiti Coach.

Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN

PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut