Skip to content

DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN GLAM LELAKI X ZEGNA

Kongsikan artikel ini

Apakah cinta di hati seorang lelaki?

Untuk edisi Februari 2020, GLAM Lelaki bekerjasama dengan label Itali, Ermenegildo Zegna untuk mempromosi kempen #WhatMakesAMan. Yakni satu kempen fesyen Ermenegildo Zegna yang mahu mengajak kita membuka dialog fasal kelelakian. Apakah yang membentuk seorang lelaki? Adakah emosinya, fizikalnya, atau hubungannya dengan persekitaran dan orang lain?

Rapper & produser, Altimet

Yang nyata, tidak wujud satu formula spesifik untuk menggambarkan identiti ‘lelaki’. Maka untuk projek ini, kami telah merekrut empat personaliti yang masing-masing mewakili imej seorang lelaki yang kompleks dan berdimensi, ikhlas dan punya identiti tersendiri.

Photographer, Ridduan TTFGA Ismail

Hajat kami adalah untuk memecah stereotaip dengan menampilkan kepelbagaian imej seorang lelaki. Maka, menerusi lensa jurufoto GL, Edmund Lee, kami rakamkan siri portret rapper Altimet, pemuzik Josh Kua, jurugambar Ridduan TTFGA Ismail dan penyanyi monoLoque, masing-masing menyerlahkan kualiti-kualiti yang membentuk kekayaan dan lapisan karakter yang wujud pada insan bergelar ‘lelaki’ – sama ada sisinya yang gagah tapi vulnerable (Altimet), yang tegap dan eksentrik (Ridduan), atau yang puitis dan berbudaya (monoLoque), mahupun yang berani dan flamboyant  (Josh Kua).

Pemain biola, Josh Kua

Juga, memandangkan dunia menyambut Hari Memperingati Kekasih bulan ini, kami turut mengajak empat jejaka ini untuk berkongsi pandangan mereka perihal hubungan seorang lelaki dengan cinta. Uniknya, sambil menggayakan seleksi persalinan dan kasut dari koleksi Ermenegildo Zegna Musim Bunga 2020, dalam paparan ini Altimet, Josh Kua, Ridduan Ismail dan monoLoque juga menyarungkan kemeja-T #WHATMAKESAMAN yang membentangkan mesej ‘Love Makes A Man’. Sebahagian daripada inisiatif kebajikan From A To Zegna, hasil jualan daripada t-shirt #WHATMAKESAMAN ini akan disalurkan kepada badan amal Cesvi dengan tujuan melindungi dan membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik serantau dunia. T-shirt ini dijual pada harga RM1,050 di kesemua butik Ermengildo Zegna sekarang.

Penyanyi & penulis lagu, monoLoque

Untuk melihat portret-portret empat Lelaki Alfa ini dan mendekati pandangan peribadi mereka berkaitan cinta, dapatkan naskhah GL Februari 2020 kini di pasaran.

Penyelaras & tatagaya: Johan Kassim dibantu oleh Arie Sampornak
Rambut: Fendi Sani     Mekap: Emmy Agung
Pakaian: Kesemuanya daripada koleksi Ermenegildo Zegna Musim Bunga 2020

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut