Skip to content

BOSS EYEWEAR X WU CHUN

Kongsikan artikel ini

BOSS EYEWEAR PERKENAL WU CHUN SEBAGAI DUTA KEMPEN BAGI MUSIM 2020. SATU KEBANGGAAN BUAT ORANG ASIA UNTUK DAPAT MELIHAT WAJAH ASLI ASIA MENGHIASI KEMPEN FESYEN BERTARAF DUNIA. 

Wajah-wajah Asia mula menjadi rebutan klien-klien fesyen. Keberadaan orang Asia dalam dunia fesyen telah diakui dan mendapat tempat yang sewajarnya. Konsep diversifikasi disambut baik oleh kebanyakan rumah fesyen masa kini.

Impak wajah Asia dalam lapangan fesyen semakin kelihatan, maka itu jenama BOSS Eyewear turut sama mengangkat ikon Asia sebagai duta kempen yang terbaru. Dedikasi koleksi kaca mata untuk musim 2020.

Wu Chun diumumkan sebagai duta kaca mata BOSS 2020. Bintang filem dan TV Asia serta usahawan ini sudah tidak asing lagi bakat seninya di kalangan pengikut hiburan Asia. Gaya dan personalitinya disenangi ramai serta seringnya bergelar selebriti lelaki yang bijak bergaya.

Pengaruh yang dimilikinya mencipta sinergi yang segar antara pelakon itu dengan jenama BOSS. Lantas menjadikannya pilihan tepat untuk menampilkan gaya pengenalan dari koleksi kaca mata BOSS musim bunga/panas 2020.

Untuk penghasilan kempen, Wu Chun bekerjasama dengan pengarah, Matthew Brookes. Kempen tersebut menggabungkan optimis warna pop, kehebatan dan kemungkinan yang tiada batasan. Wu tampil dalam aksi santai dan ceria dengan cara yang tersendiri. Kempen ini telah dilancarkan bulan lalu tersedia di kesemua platform digital.

 

Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OLD ARCHIVES, NEW ATTITUDE: ACNE STUDIOS X HUSSEIN CHALAYAN

Bacaan Lanjut

SENTUHAN COUTURE, GAYA HARIAN: ELIE SAAB X H&M

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA

Bacaan Lanjut

UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU

Bacaan Lanjut

FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut