LOEWE PAULA’S IBIZA 2021, HADIRKAN KOLEKSI LIBURAN
ESKAPISME. LOEWE TEMUKAN KOLEKSI YANG MENGGARAP INSPIRASI LIBURAN. CITRA GAYA YANG PELBAGAI, MENAWARKAN KOLEKSI LENGKAP SEDIA PAKAI DAN AKSESORI RENCAM RUPA DALAM MENGIMBAU MEMORI INDAH SEPANJANG TERIKNYA MUSIM PANAS. MENYEMATI SEMANGAT THE ART OF LETTING GO.

Loewe merupakan satu jenama fesyen terulung, dikenali dengan koleksi yang tidak gentar dan sama sekali tidak mengikut norma gaya yang tipikal. There’s always different with Loewe. Nilai seni yang memaut pada rekaan Loewe disaksikan seringnya bereksperimen secara kreatif terutamnya sejak Jonathan Anderson memimpin pasukan kreatif Loewe. Arus gaya Loewe untuk himpunan Paula’s Ibiza 2021 dikira eksentrik, mengangkat aspek-aspek eskapisme sebagai pangsi gaya. Liburan di kota-kota utama sewaktu musim panas melatari inspirasi disebalik penciptaan Loewe Paula’s Ibiza 2021. Kehangatan musim panas menepati mood untuk koleksi musim ini.
Rasa bebas, pergerakan yang tidak terbatas, juga keriangan bercanda di tepian pantai membentuk bayangan Loewe dalam menyempurnakan koleksi Paula’s Ibiza musim baharu. Lantas, koleksi yang merangkumi pakaian dan aksesori yang berjiwa bebas ini, turut menyematkan aspek vibrant dan bold yang menonjolkan lagi rekaan. Paksi ‘effortlessness’ turut menunjangi dalam setiap rekaan, menafsirkan koleksi yang tidak kompleks, ringkas secara dasarnya, memberi opsyen yang yang terbaik untuk musim panas yang bakal tiba.


Khusus musim ini, Paula’s Ibiza 2021 memuatkan rekaan lelaki dan perempuan, yang mana Loewe rasakan sudah tiba waktunya untuk semua gender berpeluang menikmati erti disebalik koleksi ini. Maka itu, Loewe perkenalkan siluet-siluet baharu yang terdapat pada beberapa rekaan yang menggemaskan sifat klasik dan formal. Misalnya, deconstructed blazer khusus lelaki dan serangkaian dress dan helaian atas yang boleh dipadankan dengan celana pelbagai rupa, bagi meningkatkan stail musim panas. Gambaran sempurna untuk bergaya luar biasa kala melancong sepanjang musim panas.
Menyentuh perihal aksesori pula, faktor playfulness tersedia dengan beberapa pilihan gaya dan material. Tampilan beg-beg utama, seperti Balloon dan Pochetter adalah pilihan yang tepat untuk dipakai sehari-hari kerana dapat memuat keperluan asas dan pada masa yang sama, memiliki stail unik.
Tambahan lagi, barisan beg yang ditawarkan cukup unik, mengait perhitungan gaya fluidity, bersifat genderless, sarat dengan warna-warna lantang dan over-the top. Pelbagai gaya boleh dicuba bersama-sama aksesori sama ada disilangkan atau dijinjing, mengikut kesesuaian. Reke bentuk beg yang craffty, ternyata menghasilkan aksesori yang bijak menggaburi jantina dan mempertingkatkan nilai kreativiti.
Artikel berkaitan: MCLAREN MELUNCUR LAJU DENGAN TUMI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.











