BAPE® X COACH, KOLABORASI YANG EPIK
SOMETHING TO BE EXCITED FOR! KOLEKSI BAPE® x COACH KEMBALI UNTUK MUSIM INI, MEMPERSEMBAHKAN SEJUMLAH REKAAN SEDIA PAKAI DAN AKSESORI YANG TERCIPTA MENGHANGATKAN GAYA MUSIM BARU.
Coach memperkenalkan BAPE® x Coach sekali lagi, kolaborasi bersama pelopor jenama ‘street wear’ Jepun, yang mengundang Megan Thee Stallion, Cordae dan Koki sebagai wajah kempen dirakam oleh Sandy Kim. Sewaktu koleksi pertama BAPE® x Coach dilancarkan dahulu, ia dilaporkan ‘sold out’ dalam masa beberapa minit.
Sekembalinya koleksi BAPE® x Coach untuk musim ini, penggemar gaya jalanan berpeluang memilikinya tak lama kerana ia bakal dilancarkan pada 24 Julai 2021, untuk lelaki dan perempuan.

Menyemati kepositifan, optimistik, dan originality bersama warisan fesyen dari New York dan Tokyo, koleksi sedia pakai, aksesori kulit, kasut dan aksesori kecil lain menggabungkan identiti ketersendirian BAPE® dalam helaian ‘street wear’ dengan warisan seni Coach. Ia merangkumi beg, hoodie dan kemeja T yang bercetak corak edisi terhad yang menampilkan gabungan monogram logo Coach dan signature logo ikonik BAPE®’s APE HEAD.
Koleksi terbaru ini menambah deretan sniker koleksi Coach, Reka bentuk serta inspirasi yang memaut menciptakan nuansa kontemporari. Kasual namun juga elegan, tidak menjurus pada satu gaya saja, melainkan mudah dipadukan dengan gaya apapun.
Terdapat rekaan sandal dan seluar pendek chambray yang lebih santai dan sempurna dikenakan saat berlibur, helaian T juga dilancarkan bersamaan. Warna-warna sederhana seperti biru dan kelabu serta warna monokrom hitam dan putih diciptakan untuk menjadi pilihan bagi kelompok yang menyukai gaya santai nan versatil.

Kempen ini juga mempamerkan perspektif setiap penghias kempen dengan menonjolkan kreativiti melalui kolaboroasi dan bagaimana mereka menterjemahkan karakter unik mereka dalam sesuatu koleksi tersebut.
A BATHING APE®, diasaskan di Tokyo pada tahun 1993, dan sejak itu menjadi salah satu jenama gaya hidup terkemuka terutamanya dalam kalangan jenama pakaian jalanan di Jepun dan di seluruh dunia.
#Coach
Artikel berkaitan: PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.















