“GIFTING IDEAS” PRADA, HADIAH UNTUK KEKASIH
Festival 2021 Qixi yang bakal disambut oleh rakyat China pada Ogos ini, dirayakan lagi dengan penghasilan kempen Prada yang dibintangi penghibur, Cai Xu Kun. Bertujuan untuk mencadangkan bingkisan baharu yang menaruhkan rangkaian pakaian dan aksesori untuk teman wanita atau lelaki.

Festival Qixi atau lebih dikenali sebagai Chinese Valentine’s Day merupakan satu budaya memberi hadiah sempena memperingati kisah legenda Qixi. Yang merupakan satu sambutan penting buat pasangan kekasih di China. Sudah menjadi kebiasan buat penduduk di China untuk mengamalkan budaya memberi dan menerima hadiah sebagai tanda dari perayaan festival tersebut.
Budaya memberi dan menerima hadiah juga dapat dilihat dari pelbagai perspektif lain yakni kemahiran atau keupayaan seseorang dalam mencurahkan tenaga dan memancarkan semangat.
Koleksi ini dihangatkan lagi dengan penampilan Cai Xu Kun sebagai wajah kempen. Dan menggunakan khidmat jurugambar Zeng Wu untuk menangkap imej kempen. Zeng Wu adalah antara jurugambar yang berbakat dan pernah dinamakan oleh British Fashion Council sebagai salah seorang daripada yang tersenarai dalam “100 bakat kreatif muda yang paling inovatif dan inspirasi di seluruh dunia” pada tahun 2019.
Selaras dengan itu, kempen video turut dimuatkan yang diarahkan oleh pengarah muda AJ Duan. Yang menggunakan arahan kreatif oleh Wu Woo pula.
Konsep kempen memfokuskan pada Kun yang sedang berada di dalam studio untuk merakam lagu, sambil itu terlihat beg tangan Prada Cleo dan sepatu berkilau diletakkan secara rawak di ruangan studio.
Lagu berjudul “You Know What I Want” nyanyian Kun, dijadikan runut muzik kempen, lantas membentuk naratif utama.
Khusus sambutan Festival 2021 Qixi, seleksi item Prada yang khusus seperti set pakaian dan aksesori yang dihiasi butiran kristal sempena kedatangan musim baru. Termasuklah, versi baharu beg ikonik Prada Cleo yang dibaluti batu permata kecil, warna merah jambu dan dress untuk perempuan. Untuk para lelaki pula, beg Brique warna perak dan sepatu loafer untuk memberi gaya dinamik pada penampilan.
Koleksi ini boleh didapati bermula 26 Julai, di prada.com dan seleksi butik Prada terpilih.
Artikel berkaitan: MSGM MUSIM LURUH 2021, TAMPILKAN GAYA PENDAKIAN MODEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
5 jenama kasut ini menjadi pilihan kebanyakan peminat fesyen masa kini. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi. Paksi fesyen lelaki hari ini tidak lagi terikat pada satu kod tegar. Kotak stereotaip memisahkan kasut formal dan gaya jalanan kini runtuh sepenuhnya. Lelaki moden mula menuntut sesuatu yang lebih hibrid dan versatil. Mereka mahukan…
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.















