LIAM PAYNE MENAMATKAN PERTUNANGAN KALI KEDUA DALAM TIGA TAHUN
Bekas bintang One Direction, Liam Payne memutuskan pertunangan bersama Maya Henry buat kali kedua selepas setahun mereka bersama semula.
Liam Payne dan Maya Henry membuat keputusan untuk menamatkan ikatan pertunangan mereka buat kali kedua dalam masa tiga tahun. Bekas penyanyi One Direction itu memutuskan pertunangan bersama model berusia 21 tahun itu selepas dia dilihat bersama seorang wanita lain di media sosial.
Liam Payne mula mengenali Maya Henry pada 2019, sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos 2020. Pada bukan Jun tahun lepas, Liam telah mengumumkan mereka telah menamatkan perhubungan cinta mereka. Dua bulan selepas itu, mereka kembali bersama semula.
Selepas pengumuman tersebut, penyanyi lagu “For You” berusia 28 tahun itu membuat kemunculan melalui podcast “The Diary of a CEO”. Liam berkongsi mengenai dirinya yang “not been very good at relationships” dan perlu mengubah dirinya sebelum memulakan hubungan baharu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERUBAHAN WAJAH LIAM PAYNE MEMBIMBANGKAN, PAKAR BEDAH PLASTIK BERI REAKSI
Liam Payne muncul di majlis pelancaran dokumentari All Of Those Voices dengan penampilan wajah yang amat berbeza berbanding sebelum ini.
PERCINTAAN HARRY STYLES & OLIVIA WILDE KECUNDANG DI TENGAH JALAN
Hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Harry Styles dan Olivia Wilde dilaporkan telah membawa haluan masing-masing.
BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022: BTS PECAH REKOD DENGAN TIGA KEMENANGAN BERSEJARAH
BTS sekali lagi membuka mata dunia dengan tiga kemenangan di Billboard Music Awards 2022 yang berlangsung di Las Vegas.
TERAPI MEMBANTU HARRY STYLES MERASA ‘LEBIH HIDUP’
Harry Styles bercerita tentang kesihatan mentalnya dalam versi digital, menjelaskan bahawa dia memulakan terapi kira-kira lima tahun lalu.
15 FAKTA MENARIK MENGENAI HARRY STYLES
Sebelum bergelar ahli One Direction, Harry Styles pernah menyertai kumpulan muzik White Eskimo dan masih belum mengumumkan pengundurannya sehingga kini.
PENGAMBILAN GANJA BERLEBIHAN DIDAKWA MENJADI PUNCA PERUBAHAN SIKAP ZAYN MALIK
Sikap agresif Zayn Malik yang menjadi perbualan hangat kebelakangan ini dikatakan berpunca daripada pengambilan ganja secara berlebihan.