KEMBARA PENHALIGON’S DI UFUK TIMUR PENUH FANTASI
SATU SEMBURAN PENUH SEGAR KOLEKSI PORTRAITS DILENGKAPI DENGAN TAWARAN WANGIAN BAHARU THE WORLD ACCORDING TO ARTHUR.
Bicara tentang wangian, kita perlukan satu fantasi. Bukan hanya semburan kosong tanpa cerita. Ia pasti satu semburan yang membosankan. Tidak seperti di Penhaligon’s yang kaya dengan cerita-cerita penuh magis dan fantasinya! Lalu lahirlah koleksi Portraits yang lengkap dengan kisah paling indah berlegar tentang kembara sang perfumer. Jauh mindanya berlayar sehingga ke Asia, melewati tanah luas Cina dan mendaki Tembok Besar Cina. Semuanya dijejaki sehingga lahir wangian penuh misteri bernama The World According To Arthur.
Koleksi wangian koleksi Portraits selalunya hadir dengan bau cukup provokatif. Ia melawan arus wangian yang ada sekarang, memberi bau lebih menarik dan mencabar. Kisah Portraits diteruskan oleh Arthur, adik kepada Lord George. Kembaranya membawa ke satu dunia baharu. Tidak pernah dicungkil lagi rahsia alam, lalu berlabuhlah di Cina. Setiap tempat yang dilewati diserikan dengan bau yang misteri. Cetusan bau oriental mendamaikan citarasa kembara fantasi ini.
Tiga ramuan utama dimadukan menjadi satu perisai buat jejaka the World According To Arthur oleh Penhaligon’s. Bermula dengan nota bau yang segar, ditambah esen damar untuk membangkitkan karakter di penggembara dan diakhiri dengan bauan kulit yang cukup maskulin. Aroma lebih sensual dengan gabungan bahan-bahan seperti infusi vanila, biji ambrette dan kacang tonka. Jangan terpedaya dengan bau manisnya, kerana setiap semburan menaikkan rasa perkasa laksana naga!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.
LELAKI NERD BERTUKAR BAD BOY DISEBABKAN MINYAK WANGI INI!
Carolina Herrera tampilkan minyak wangi lelaki Bad Boy Extreme baharu untuk serlahkan aura berani anda!
5 CARA WANGIAN LELAKI TAHAN LAMA DI MUSIM PANAS
Malaysia kini dilanda musim panas melampau! Badan makin berpeluh, bau minyak wangi mula pudar. Ini 5 cara terbaik
5 MINYAK WANGI TERKINI PILIHAN LELAKI ALPHA
Setiap bulan, barisan wangian lelaki hadir dengan aroma yang lebih intensif! Ini 5 minyak wangi pilihan lelaki Alpha.
MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI
Akro melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur dengan membawa koleksi kontroversinya untuk pilihan lelaki di Malaysia.
NABIL AQIL & ANIQ SUHAIR – HERO TV BAHARU MALAYSIA
Ikuti temu bual eksklusif bersama The Star Boys, Aniq Suhair dan Nabil Aqil yang kian mara mencipta nama dalam persada seni lakonan di Malaysia.