Skip to content

HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF

HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF

Kongsikan artikel ini

Panorama mewah di Hai Yan, restoran tradisional Cina di The Ritz-Carlton, Langkawi, meraikan pembukaan semulanya selepas dua tahun bersama peningkatan gaya elegan, The Ritz-Carlton.

The Ritz-Carlton Langkawi, resort mewah yang dikelilingi hutan purba, tepian pantainya terlindung oleh pokok-pokok Laut Andaman. Direka oleh Philippe Villeroux (Kuala Lumpur-based Tropical Area Architects), resort ini dibina dengan teliti untuk menyelami citarasa pelancong dalam ekosistem semula jadi dan budaya tempatan pulau Langkawi. Bulan Mei lalu GLAM dijemput ke The Ritz-Carlton, Langkawi untuk meraikan pelancaran semula Restoran Hai Yan selepas ditutup selama dua tahun kini tampil elegan buat peminat masakan tradisional Cina.

Hai Yan, atau Treasures of the Sea, menyediakan hidangan mewah yang menggembirakan selera! Restoran nelayan Cina tradisional Malaysia ini menyajikan masakan cina dan makanan laut moden sebagai tawaran istimewanya. Restoran santapan Cina yang mewah ini turut menawarkan dek atas air yang luas memandang ke Timur, Selatan dan Barat sambil dibina pada ketinggian berbeza di atas permukaan air agar dapat memberi pengalaman laut yang benar-benar berbeza.

Satu sensasi nan mewah bila mana anda melangkah masuk ke dalam Restoran ini, anda bakal merasai pengalaman unik seakan-akan sedang berjalan di atas air. Dan apabila anda merasakan keajaiban itu akan berakhir, anda disambut dengan candelier yang megah menghiasi lorong membawa tetamu ke ruang yang mewah dalam percikan rona merah dan hijau.

 

Pilihan GLAM tentunya bersantap pada dek paling rendah, menawan dengan deruan ombak menghempas ke batu langsung mempesonakan tetamu kala melihat matahari terbenam Langkawi yang memukau. Disegarkan dengan tambahan tempat makan di kawasan terbuka berlatarbelakangkan panorama Laut Andaman yang menakjubkan, dek di bahagian atas turut mempersonakan.

Executive Sous Chef, Jay Goh membawa anda melalui perjalanan deria untuk meneroka falsafah masakannya yakni mengambil ilham global dan ciptaan tempatan. Satu proses yang bermula dengan bahan-bahan premium yang diperoleh sama ada secara tempatan atau bermusim sambil mengekalkan kualiti dan rasanya.

“SEBAGAI SATU-SATUNYA RESTORAN TRADISIONAL CINA MEWAH DI LANGKAWI, HAI
YAN AKAN MENJADI DESTINASI KUNJUNGAN PENGGEMAR MASAKAN CINA MODEN ASLI DAN RESTORAN INSTAGENIK UNTUK PENGARUH SOSIAL YANG MENCARI LATAR BELAKANG SEMPURNA LAUT ANDAMAN.” – Ellen Franke, Pengurus Besar The Ritz-Carlton, Langkawi.

Menu baru yang mengambil sentuhan masakan Cina moden dengan kegemaran sepanjang zaman bermula dengan Beijing Roasted Duck, Wok-fried Black Angus Beef cube, dan Golden Vermicelli with Duck Egg yolk. Ciptaan baharu untuk dinikmati ialah Two-way Main Lobster – Fried Lobster Head, Ginger Scallion, dan Pan-fried Lobster Tail with XO Sauce, Braised Homemade Yee Foo Noodles and Hot & Sour Soup, dan Lobsters with Fish Maw dan pelbagai lagi.

Tidak lupa menu tambahan hebat pada menu di Hai Yan ialah pilihan kreatif kegemaran tradisional moden, yakni Dim Sum. Chef Jay memperkenalkan Prawn Dumplings with Water Chestnut, Scallop Dumplings, dan banyak lagi, termasuklah Pan-fried Mushroom buns, Wok-fried Black Angus Beef with Basil Leaf, dan Barbequed Chicken Buns. Glam berpeluang mempelajari cara-cara memasak xiao long bao bersama Chef Jay pada hari itu dan pengalaman sekali seumur ini amat bermakna dan cinta pada menu Dim Sum juga berputik dikalangan kami semua.

HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF

Untuk pengalaman menjamu selera dalam ruang yang intim, anda boleh memilih bilik makan peribadi Hai Yan yang indah, Suite Gamat boleh memuatkan sehingga 8 tetamu. Diilhamkan dari sifat penyembuhan dan makna simbolik di sebalik gamat, bilik istimewa mewah ini dikenali secara tempatan sebagai Gamat (海参) atau apabila disebut dalam bahasa Kantonis ( 开心 Hói Sām), yang bermaksud kebahagiaan. Suite Empurau sebaliknya dinamakan bersempena ‘Raja Sungai’, ikan Empurau popular dijual pada harga yang mahal dan dianggap mempunyai rasa yang tidak dapat dilupakan ( 忘 不 了 Wàng bùliǎo). Suite Empurau boleh memuatkan sehingga 10 tetamu.

Sempat GLAM berkenalan bersama Penolong Pengurus Restoran, Jerry atau JJ, pasukan operasi dibawah pimpinannya bersedia untuk mengalu-alukan kunjungan anda dan kembali untuk mencipta lebih banyak kenangan Ritz-Carlton #RCMemories.

Pautan berkaitan: SAJIAN ROMANTIS VALENTINE’S DAY BUAT ROMEO & JULIET

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

Bacaan Lanjut

SAJIAN ROMANTIS VALENTINE’S DAY BUAT ROMEO & JULIET

Bacaan Lanjut

PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA

Bacaan Lanjut

ALIHKAN PANDANGAN ANDA KE SALAH SATU DESTINASI TERHEBAT DUNIA; DESARU COAST

Bacaan Lanjut

PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut

ANEKA RASA TIMUR TENGAH DI THE WESTIN LANGKAWI

Bacaan Lanjut