#GL15TAHUN THE VERY BANKABLE REVELATION, DATUK JOVIAN MANDAGIE
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE VERY BANKABLE REVELATION, DATUK JOVIAN MANDAGIE

Jaket cetak, FENDI
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
Pereka Fesyen & Usahawan
Dari pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie kini menceburi bidang farmasi dan ubat-ubatan hasil kolaborasi bersama Selcare Pharmacy. Sekali gus, menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 20 buah cawangan Jovian Selcare Pharmacy di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Namun, itu tidak menoktahi rencana terkini Jovian yang bakal tampil dengan perusahaan emas Jovian Gold awal September ini; di samping memperkenalkan saluran Youtube yang turut dijadualkan untuk tatapan umum dalam bulan yang sama.
Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.
Sifat maskulin, lelaki yang dianggap begitu lasak. Saya ingin mengubah keseluruhan persepsi lelaki yang menggambarkan diri mereka sebagai keras dan kurang mesra. Fahaman ini sama sekali salah kerana bila anda meletakkan halangan ini, sukar untuk orang di sekeliling untuk memahami anda. Inikan lagi untuk orang mendekati dan akhirnya anda bakal menjadi sepi.

Jaket & baju panas, BRUNELLO CUCINELLI
Intipati maskuliniti masa kini.
Bagi saya definisi lelaki adalah untuk senantiasa memegang kewajipan yang besar. Saya sendiri adalah pemimpin buat syarikat saya. Setiap hari memegang matlamat dan misi untuk memberi. Tidak kira, dari segi memberi sokongan emosi, perhatian, atau yang terkait dengannya. Lantas, bakal memacu dan membangkitkan semangat orang di sekeliling bila mereka mendepani kesulitan. Sebagai seorang suami pula, saya perlu menjadi pendamping yang baik kepada isteri dan sebagai seorang bapa, saya harus memberi contoh terbaik buat anak.
Perkhabaran terkini?
Selain fokus dengan perusahaan farmasi, September ini kami bakal membuka butik emas yang pertama di Shah Alam. Sekali gus, menyasarkan empat lagi pembukaan butik menjelang akhir tahun ini di Wangsa Maju, Masjid India serta di pusat bandar. Emas kami disumberkan dari India kerana mereka mempunyai kualiti emas terbaik dan juga berpunya mutu ketukangan kerja yang tinggi. Jovian Gold menjanjikan pelanggan dengan menampilkan barisan aksesori emas yang moden dan akan kekal sepanjang usia. Lantas, diwarisi buat generasi seterusnya.

Jam tangan, MONTBLANC. Blazer, WARDROBE
Apakah keperibadian seorang usahawan yang berjaya?
Pertama, individu itu perlu bersikap rasional dalam mempunyai hala tuju yang jelas. Kemudian, dia perlu bekerja keras bagi menemukan solusi atau jawapan buat setiap persoalan yang terlintas. Terakhir sekali, siapa jua yang bergelar usahawan dia perlu menekuni ilmu dari setiap sisi, saban hari. Bertujuan untuk menajamkan pemikiran dalam merencanakan perusahaan yang bakal diterokainya kelak hari.
Bagaimana untuk kekal relevan untuk berdiri teguh dalam industri?
Disarankan untuk menjadi pendengar yang baik lantas turunkan sedikit ego hanya untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling anda sebagai seorang pereka fesyen. Juga harus bersikap terbuka terhadap kritikan kerana setiap pereka itu perlu mengolahkan sesuatu yang mempunyai nilai tidak kira dari sisi praktikaliti mahupun kreativiti.
Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











