Skip to content

RUTIN PENJAGAAN MALAM UNTUK KULIT SIHAT BERSERI

Kongsikan artikel ini
1 of 3

PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM JUGA SANGAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN KULIT YANG SIHAT DAN BERSERI. TANPA MENGIRA JANTINA, RUTIN PENJAGAAN KULIT PERLU DIAMALKAN DENGAN BETUL.

Sudah tiba masanya untuk para lelaki sertai perbincangan berkaitan penjagaan kulit wajah. Jika anda sudahpun mempunyai rutin yang telah dicuba dan bersesuaian, tahniah diucapkan. Tetapi haruslah kita sentiasa beringat bahawa penjagaan kulit adalah jauh lebih penting berbanding merawat jerawat atau kemerahan yang berlaku sekali-sekala. Jadi, adalah perlu untuk amalkan rutin yang tidak mengenal jantina tentang penjagaan kulit supaya kekal sihat berseri.

Jika anda berminat untuk mula melibatkan diri dalam penjagaan kulit tetapi tidak tahu di mana untuk bermula, anggaplah bacaan ini sebagai titik permulaan anda. Berikut merupakan rutin yang boleh diamalkan para lelaki untuk rejimen pagi dan petang.

AMALKAN RUTIN SKINCARE INI UNTUK KULIT MUKA SIHAT BERSERI

Foto oleh Isabell Winter dari Unsplash

Adakah lelaki memerlukan rutin penjagaan kulit?

Secara ringkasnya, ya. Adalah penting untuk membersihkan, melembapkan dan melindungi kulit anda tanpa mengira jantina. Walaupun pembungkusan atau pemasaran produk cenderung kepada sesuatu jantina, ramuan yang digunakan tidak dikhususkan untuk jantina tertentu sahaja.

“Banyak bahan aktif seperti asid hyaluronik, vitamin C, niacinamide, retinol dan asid hidroksi adalah sama berkesan pada lelaki dan wanita,” kata ahli dematologi yang diperakui, Joshua Zeichner, M.D.

Mungkin ini tidak perlu ditekankan tetapi adalah penting bagi lelaki berkumis untuk tetap menjaga keseluruhan kulit muka mereka. Bukan sahaja kawasan yang terdedah, kawasan kulit muka yang berkumis juga perlu dijaga rapi. Misai, janggut mahupun jambang seringkali menyembunyikan masalah kulit tertentu dan tidak bermakna ia terselamat daripada sebarang perengsa atau bendasing yang kotor di persekitaran.

Acapkali kita dengarkan penjagaan kulit pada waktu siang yang rata-ratanya melibatkan keterdedahan cahaya matahari. Namun, perlu diingatkan bahawa rutin pada waktu malam juga wajar diamalkan demi kesihatan kulit yang baik.

Baca artikel berkaitan: SABUN BAR PEMBERSIH WAJAH PALING BERKESAN!

1 of 3

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut

NAK KULIT MULUS? CUBA 5 TONER TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK INI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut