BLUE MUSK DAN BLUE MUSK ZEST, WANGIAN IKONIK THE BODY SHOP BAHARU
Bebaskan kuasa kesegaran dengan Blue Musk dan Blue Musk Zest, wangian baharu dalam keluarga White Musk yang ikonik daripada The Body Shop.
Sejak 1981 lagi, The Body Shop mempelopori konsep wangian bebas kekejaman dengan pelancaran White Musk ikonik yang merupakan antara wangian musk sintetik pertama di dunia. Tahun ini, mereka menambah dua lagi varian kepada keluarga Musk iaitu Blue Musk dan Blue Musk Zest terbaharu.
Wangian Yang Berani Dan Berkuasa
Ekspresikan diri yang sebenar dengan Blue Musk selaku identiti uniseks baharu daripada White Musk klasik untuk lelaki. Haruman yang menarik dan mengujakan ini hasil adunan berani yang menggabungkan nota lavender segar, geranium mewah dan kayu cendana dengan wangian musk yang ikonik dan sensasi.
Haruman musk ini sesuai untuk semua yang menyukai wangian berani yang membangkitkan keyakinan. Sentuhan klasik ini terdapat dalam bentuk Eau de Toilette (RM169/60ml), Fragrance Mist (RM90/100ml) yang lebih ringan dan Hair & Body Wash (RM72/250ml) yang membersih dengan lembut.
Wangian Yang Paling Segar
Bebaskan kuasa dalaman dengan Blue Musk Zest yang segar dengan nota sitrus. Haruman yang bertenaga ini mempertengahkan adunan meriah yang menggabungkan limau gedang segar, serai hijau dan geranium dengan kasturi ikonik dan bebas kekejaman yang sensasi.
Wangian yang menaikkan semangat dengan haruman ceria untuk menyerlahkan tenaga segar serta keyakinan dari saat ia menyentuh kulit dan deria bau. Eau de Toilette (RM169/60ml) baharu ini juga dilengkapi dengan Hair & Body Wash (RM75/250ml) yang membersih dengan lembut dan deodoran Antiperspirant (RM49/50ml) yang segar.
Dari segi pembungkusan, kedua-dua botol serta penutupnya boleh dikitar semula, menjadikan rangkaian ini lebih mampan berbanding sebelum ini. Botolnya juga diperbuat daripada 42% kaca kitar semula. Semua produk disahkan oleh The Vegan Society.
Foto: The Body Shop Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.