LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN
LOUIS VUITTON HADIRKAN KOLEKSI AEROGRAM YANG DISTINGTIF PADA TIAP REKAAN NYATANYA TERKANDUNG INSPIRASI PENUH MAKNA DAN SARAT KEGUNAAN.
Koleksi Aerogram khusus aksesori kulit untuk lelaki dihadirkan Louis Vuitton sempena musim luruh/dingin 2022.

Pada asalnya, koleksi ini merupakan penghormatan kepada seni pengembaraan moden, Aerogram mempamerkan perincian dan reka bentuk yang ‘sleek’ serta kontemporari sifatnya dan berunsurkan dunia penerbangan. Melambangkan kekuatan dan kemewahan yang kini diolah melalui teknik tertentu terhadap permukaan kulit yang kemudian dihiasi monogram, menghasilkan tampilan berkilau dan mewah, sekaligus memberi opsyen gaya yang pelbagai kala kembara.
Apalagi musim percutian telah tiba. Rancang percutian dengan baik. Dan selain membawa helaian dan produk grooming, bagasi kembara perlu disiapkan.
Melalui Aerogram, Louis Vuitton ‘melawat’ semula ikon seperti beg Messenger dan Keepall, serta item keperluan lain. Mengolah intipati mereka dan mengubahnya ke tahap praktikal dan keanggunan baharu.
Aksesori utama-beg gaya yang besar dengan poket depan, tali bahu yang kukuh dan pemegang atas; beg pinggang dengan kedua-dua poket dan zip dan flap, dan poket berzip-diperbuat daripada bahan kulit bermutu yang lembut lagi berstruktur, dilengkapi logo LV metalik.


Pada rangkaian aksesori yang lebih besar, tali jacquard boleh laras dengan huruf Louis Vuitton disesuaikan dengan kelengkapan bergaya dan kefungsian asalnya terdapat pada peti trunk buatan tangan Louis Vuitton sendiri. Setiap rekaan juga mempunya tag bagasi yang boleh disesuaikan mengikut jenis beg. Turut membolehkan pemilik menambah identiti gaya tersendiri.
Istimewa untuk musim ini, barisan Aerogram berkembang dengan aksesori penting lain seperti beg hujung minggu Keepall 50 dan teman kembara yang mesti ada seperti dompet Zippy Vertical dan dompet kompak Pilot. Perpaduan motif yang memikat, palet warna dan siluet tegas tampil dalam wujud jinjingan terangkum dalam Aerogram.
Untuk menyuguhkan art of surprise, untuk terkejut dan memberi kejutan seperti kehadiran elemen playful pada setiap aksesori.
Artikel berkaitan: SIAP SEDIA CUACA SEJUK! GIORGIO ARMANI NEVE FW22 SOLUSI BAJU SEJUK TERBAIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.











