Skip to content

IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

Kongsikan artikel ini

SELEBRASI SUPERMODEL DALAM KEMPEN VERSACE MUSIM BUNGA/PANAS 2023. MEMBERIKAN SEBUAH GERAKAN MANTAP DENGAN PENAMPILAN SUPERMODEL ERA ‘90-AN LEGENDARIS SERTA MODEL GENERASI BARU SEBAGAI BENTUK PENGHARGAAN. 

Ikon fesyen menjadi pilihan Versace untuk musim ini. Hampir tiga dekad sejak kemunculan mereka dalam kempen Versace, Mark Vanderloo dan Ivan De Pineda merupakan bintang utama kempen lelaki Versace baharu untuk musim bunga/panas 2023. 

ikon fesyen Versace

Jurugambar Mert & Marcus telah mencipta siri visual yang mengilhami kempen asal pada 1996, yang mana Mark Vanderloo dan Ivan De Pineda membuat penampilan sulung mereka bersama Versace. Kempen ini meraikan kedua-dua model itu sebagai ikon Versace, kini dan selamanya. Dua model kacak tersebut dirakam memakai kot satin lembut dan seluar tailored. Menterjemahkan gaya lelaki moden nan mewah dengan cara Versace. 

“Saya suka imej Mark dan Ivan. Sejak tahun 90-an mereka telah mendefinisikan apa itu kuasa, seksi, sensitif dan penyayang. Mereka adalah lelaki Versace sejati-tidak takut untuk menyatakan kreativiti mereka melalui pakaian dan persahabatan mereka melalui keakraban hubungan mereka,” kongsi Donatella Versace. 

ikon fesyen versace

Model Ottawa Kwami, Anthony Thomason, dan Mark Vanderloo Junior turut membintangi kempen musim bunga 2023 dengan memakai helaian kait ragam warna, top sendat, pakaian kulit, barang kemas dan aksesori yang unik dengan hiasan motif Versace Allover.

Artikel berkaitan: AURA BINTANG COLE SPROUSE UNTUK VERSACE

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut